Perak Hari Ini

Usah pandang rendah bidang kemahiran

Masyarakat harus mengikis sifat suka memandang rendah terhadap mana-mana individu yang menceburi bidang kemahiran kerana pendidikan yang tinggi bukan penentu segalanya untuk berjaya dalam kehidupan.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, sebaliknya berkata, mana-mana pelajar yang tercicir di bidang pendidikan harus diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Katanya, kemahiran menjahit, menyulam atau menjadi mak andam jangan dipandang rendah kerana tidak ramai yang menceburi bidang ini.

“Pelajar lepasan universiti tidak semestinya berjaya jika mereka masih gagal mendapat pekerjaan atau berdikari.

“Sebaliknya, pelatih-pelatih yang menyertai kursus di Pusat Giat MARA mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran yang mereka perolehi,” katanya ketika merasmikan penutup bengkel Kajian Sikap Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Larut di Batu Kurau, semalam.

Justeru itu, katanya sifat buruk itu perlu dibuang jika masyarakat mahu berjaya.

“Kemampuan bersaing juga menjadi faktor mencipta kejayaan berdasarkan kepada bukti dan pencapaian bangsa lain,” katanya.

Bengkel dua hari itu membolehkan ahli Puteri menimba pengalaman menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");