Perak Hari Ini

Pemimpin tertinggi Pakatan di Perak bakal disiasat SPRM

Lapan pemimpin tertinggi Pakatan di Perak bakal disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa menjadi jutawan segera sepanjang 11 bulan pemerintahan mereka di negeri ini.

Bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda yang mendedahkan perkara itu telah bertindak membuat laporan ke pejabat SPRM negeri.

“Kesemua mereka adalah pemimpin tertinggi daripada PAS, PKR dan DAP dan sehingga kini, mereka masih lagi memegang jawatan dalam Pakatan Rakyat.

“Mereka dikesan terbabit dengan amalan rasuah menerusi beberapa projek kerajaan negeri ketika itu terutama membabitkan projek balak dan tanah,” katanya.

Beliau yang tidak mahu bersubahat dengan perkara keji itu meminta SPRM menjalankan siasatan dengan segera berkaitan wujudnya penyelewangan yang membabitkan kesemua pemimpin berkenaan.

“Saya sudah menyertakan maklumat individu terbabit dan jika perlu saya akan tampilkan bukti serta saksi berkaitan bagi menguatkan dakwaan itu.

“Kesemua pemimpin terbabit ketika mengepalai pemerintahan di negeri ini adalah lebih ganas dan rakus untuk mengaut keuntungan peribadi melalui projek kerajaan negeri berbanding hal ehwal kebajikan rakyat.

“Kesemua mereka seperti ‘Jutawan Segera’ selepas beberapa bulan memerintah Perak sedangkan sebelum ini ada diantara pemimpin terbabit hidup susah tapi kini sudah mampu hidup lebih mewah,” katanya.

Beliau berkata, dia akan memastikan kesemua individu yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");