Perak Hari Ini

Kerajaan Perak sentiasa prihatin selesai masalah rakyat

Program ‘Deme Tanya, Pak Ngah Jawab’ membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa.

Ini sekaligus membuktikan keberkesanan penggunaan media elektronik kerana program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan negeri termasuk Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

Ketua Penerangan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar, berkata sejak program berkenaan dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pelbagai permasalahan rakyat berjaya diselesaikan menerusi penggunaan medium radio.

“Pengendalian program berkenaan yang menggunakan radio sebagai pengantaraan turut berjaya membantu kerajaan negeri mengatasi permasalahan rakyat di Perak.

“Ia mampu berkongsi banyak maklumat dan situasi terkini apa yang berlaku di Perak, selain penyalur maklumat pembangunan yang dijalankan kerajaan negeri secara terus kepada masyarakat,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 587 aduan dan maklum balas yang diterima daripada pendengar program yang mana 348 kes berjaya diselesaikan.

Program yang disiarkan menerusi Perak FM itu ke udara sejam bermula 9 pagi, setiap Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");