Perak Hari Ini

Kompleks Super Kinta dicadang untuk jadi hub barangan ICT

Kompleks Super Kinta dicadang menjadi hub barangan ICT berdasarkan lokasi yang bersesuaian dan mampu menjadi tarikan baru di Ipoh, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata.

“Hab berkenaan mampu dijadikan sebagai pusat sehenti penduduk di Perak bagi mendapatkan gajet ICT terkini seperti yang terdapat di Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Walaupun ia masih di peringkat cadangan tetapi saya yakin lokasi itu mampu menarik ramai pengunjung dan premis berkenaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi tumpuan pada 1980-an akan kembali meriah semula,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia menawarkan pakej sewaan berpatutan kepada mana-mana peniaga ICT yang berminat menjalankan perniagaan di kompleks yang mempunyai keluasan lebih 40,000 kaki persegi itu.

“Sewaan minimum juga dijangka dapat menarik pengusaha ICT, selain berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan kerana lokasi berkenaan sesak kerana terletak di tengah bandaraya,” katanya.

* PERAKBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");