Kolumnis

Wan Azizah percaya Anwar baik orangnya?

Penulis terpanggil untuk mengulas tentang ceramah Anwar di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin (28 Mac), yang berkata bahawa isterinya, Wan Azizan Wan Ismail, tidak langsung mencurigainya sebagai seorang suami yang setia dan baik hati.

Anwar di dalam ceramahnya memberitahu bahawa Wan Aziah tidak teringin langsung untuk menonton video seks yang dikaitkan dengan Anwar ekoran terlalu yakin dan percaya bahawa Anwar tidak tergamak berbuat demikian terhadap hubungan mereka.

Sandiwara apakah ini? Apa jenis manusiakan yang cuba menutup kebenaran seperti Anwar ini? Penulis pernah diceritakan betapa Wan Azizah memendam rasa sebagai isteri Anwar Ibrahim. Wanita manakah yang tidak akan ragu sekiranya seumur hidup diasak dengan ‘kecurangan’ suaminya sejak berpuluh-puluh tahun?

Dikhabarkan kecurangan Anwar sebagai suami bukanlah perkara baru. Ezam Mohd. Noor pernah menceritakan bagaimana bencinya Wan Azizah terhadap Azmin Ali sehingga melarang Azmin ke rumahnya ketika Anwar berada di dalam tahanan di Sungai Buloh.

Ramai yang sudah bercerita bagaimana Anwar dan Wan Azizah berperang besar di rumah hanya kerana ‘adik angkat’nya, Sukma, yang pernah tinggal di rumahnya untuk beberapa lama sehingga dibongkarkan rahsia perhubungan gelap mereka.

Malah, penulis pernah diceritakan bagaimana Wan Azizah lari dari rumah dan menuju ke rumah Tun Dr. Mahathir kerana bergaduh akibat kecurangan Anwar. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri. Puas Tun Dr. Siti Hasmah dan suaminya memujuk Azizan untuk kembali pulang ke rumah dan kedua tokoh suami isteri terpaksa membawa Azizah pulang dan menjernihkan keadaan mereka.

Usah Anwar menipu. Isteri mana yang tidak punya perasaan cemburu. Isteri mana yang tidak curiga apabila suaminya sering dikaitkan dengan ramai “lelaki” dan “perempuan” untuk melampiaskan hawa nafsunya? Mujurlah Azizah seorang perempuan, jika dia lelaki seperti Azmin, tentulah dia juga akan dianggap dayus!

Mungkin Anwar boleh menjual temberangnya pada puak-puak PAS dan PKR yang masih mentah pengetahuannya tentang sejarah hidupnya. Namun, jika ditanya kepada orang-orang yang rapat dan seangkatan dengannya, pastinya mereka akan menceritakan tentang kisah ‘gelap’ manusia ‘sesumpah’ itu.

Cuba tanya pada Mat Sabu dan Karpal Singh yang pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dengan skandal liwat-meliwat. Cuba tanya pada hakim mahkamah yang pernah mengesahkan penglibatan Anwar di dalam aktiviti liwat pada kes liwat I dahulu. Takkanlah Wan Azizah tidak curiga dan menerima bulat-bulat pujuk rayu Anwar?

Hakikatnya, Anwar cuba menyembunyikan sesuatu. Anwar enggan menceritakan perkara sebenar. Iyalah, siapalah yang sanggup “membuka pekung di dada” menceritakan hal rumahtangga kepada semua. Namun kalau nak sembunyikan pun, janganlah sampai menipu rakyat!

Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");