Isu Panas

Anwar hilang 2 jam: Ini jawapan terbaru Dr Novandri kepada Rafizi Ramli

Penulis perlu tampil ke hadapan serta menjawap tuduhan dan tohmahan Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR di dalam sidang akhbar beliau sebelum ini. Beliau telah menuduh penulis dan blog Minda Intelek Melayu (M.I.M) membuat fitnah terhadap ketua beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isunya ialah di dalam twitter beliau, Anwar Ibrahim telah ‘hilang’ 2 jam dari jam 9.20 – 11.40 malam pada tarikh tersebut. Ianya menimbulkan pertanyaan kerana video kontroversi yang di dakwa melibatkan Anwar Ibrahim mempunyai timestamp jam 10:20 – 10:45 malam.

Ironinya, Rafizi Ramli sengaja menyembunyikan satu fakta yang sangat penting iaitu waktu terakhir di Facebook sebelum 10:40 malam ialah 8:20 malam. Ini bermakna, Anwar Ibrahim juga ‘missing in action’ selama 2 jam di dalam Faecbook. Kenapa?

Malah di dalam sidang akhbar sebelum ini, Rafizi Ramli PKR dengan angkuhnya telah memperlekeh-lekehkan penulis, blog M.I.M dan bloggers pro-UMNO yang lain. Pengarah Strategi PKR itu juga telah menghina penulis seolah-olah beliau sangat hebat dan untouchable.

Jika diperhatikan, waktu di Facebook Anwar Ibrahim adalah 1 jam lebih cepat daripada twitter Anwar Ibrahim pada 21 Februari yang lalu.

Di dalam kenyataan akhbar yang di siarkan di dalam MalaysiaKini, Malaysia Insider dan HarakahDaily, Rafizi Ramli membuat kesimpulan seperti berikut:

Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh Facebook (yang menggunakan masa tempatan) adalah masa tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan akibat daylight saving.
Untuk menjawap pembohongan Pengarah Strategi PKR tersebut, penulis tunjukkan bukti bahawa beliau telah berbohong.

1. Pada 11 Mac 2011 iaitu sebelum pengaktifan DST, tertera nombor “-0800”. Lihat di bawah :-

2. Selepas pengaktifan DST (penambahan 1 jam) di dalam Facebook, tertera nombor “-0700” iaitu -8 + 1 = -7jam (-0700). Rujuk di bawah :-

Kedua-dua di atas jelas menunjukkan bahawa waktu di Facebook dipengaruhi oleh Daylight Saving Time (DST) dan bukannya seperti yang didakwa oleh Pengarah Strategi PKR itu! Ternyata Rafizi Ramli telah menipu rakyat Malaysia.

3. Kenyataan blog M.I.M http://novandri.blogspot.com turut dikuatkan dengan penemuan yang dilakukan oleh rakan blogger MiM yang lain seperti Oik65 blog http://oik65.wordpress.com dan blog Empayar Pemuda http://empayar-pemuda.blogspot.com

Penemuan tersebut adalah kode-kode HTML dan ‘Unix Time’ di dalam Facebook, HTML serta ‘Convert Epoch Readable To Human Readable And Vice Versa’ di dalam Twitter yang sekaligus mematahkan hujah Pengarah Strategi PKR tersebut!

A. Jika merujuk kepada blog http://oik65.wordpress.com, blogger tersebut memperincikan fakta bahawa Facebook tidak menyimpan timestamp di dalam ‘Unix Time’ tetapi menggunakan format teks yang senang dibaca.

. Kiraan waktu “data-date” di Facebook menunjukkan post pada “Mon, 21 Feb 2011 07:40:12 -0800?. Jika merujuk kepada UTC/GMC “-800”, ini menunjukkan bahawa waktu di Facebook belum lagi disesuaikan dengan Daylight Saving Time (DST).

C. “-800” pada 21 Februari tidak dipengaruhi oleh DST. Ini bermakna bahawa waktu di atas menunjukkan 8 jam di belakang UTC/GMC. Dan jika merujuk kepada zon waktu Malaysia UTC/GMC ialah +8, maka waktu ‘data-date’ perlu ditambah sebanyak 16 jam untuk waktu tempatan Malaysia.

D. Dengan kiraan matematik mudah : 07:40:12 + 16 jam = 23:40:12, sama seperti yang tertera di dalam Twitter!

E. Twitter pula menggunakan ‘convert epoch to human readable date dan vece versa’ yang menggunakan kode untuk timestamp.

F. Dengan sistem itu, waktu yang dipamerkan di dalam twitter waktu tempatan Malaysia dan tidak tertakluk kepada servernya seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli.

Maka kesimpulannya, waktu di twitter Anwar Ibrahim pada 21 Februari adalah tepat dan sah. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR ternyata telah keliru dan tersilap.

Oleh kerana itu, penulis menuntut supaya Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR supaya menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan meminta maaf secara terbuka kepada penulis, Dr Novandri Hasan Basri di dalam akhbar cetak dan juga portal web seperti MalaysiaKini , Malaysia Insider dan HarakahDaily.

Jika beliau tidak berbuat demikian, maka sahlah bahawa beliau seorang pengecut dan sebenarnya berada di pihak yang salah. Lebih baik beliau meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang lain yang lebih berkaliber dan berintegriti.

———————

Penulis merupakan doktor perubatan di Pulau Pinang dan aktif sebagai blogger. Blognya boleh dibaca di http://novandri.blogspot.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");