Perak Hari Ini

MBI diminta siasat kewujudan pusat jagaan orang tua beroperasi secara haram

Kewujudan pusat penjagaan orang tua yang dipercayai beroperasi secara haram antara masalah yang dibangkitkan dalam sesi dialog bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi bersama lebih 60 penduduk Kampung Simee dan Ipoh Garden yang diadakan di kampung itu baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong dan Pegawai Unit Khas Perak (Sosial), Supt Idris Mon dan ahli majlis.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Simee, Voon Lip That turut membangkitkan isu berkaitan banjir, ketiadaan lampu jalan, sistem perparitan dan tandas awam di kampung berkenaan.

Masalah lain yang dibangkitkan ialah ketiadaan taman rekreasi, jalan berlubang dan kewujudan rumah penjagaan orang tua yang dipercayai beroperasi secara haram.

Sementara itu, Roshidi memberi jaminan masalah yang diutarakan penduduk itu akan diberi perhatian sewajarnya dan beliau mengarahkan pegawainya melihat setiap isu yang dibangkitkan penduduk.

“Sistem perparitan akan dinaiktaraf bagi mencegah banjir kilat, lebih banyak lampu jalan akan dipasang dan jalan yang rosak kita akan baiki dan diturap semula,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan menyiasat masalah yang dibangkitkan penduduk penduduk yang tinggal berdekatan rumah penjagaan orang tua yang beroperasi secara haram dan bagaimana ia boleh beroperasi di situ.

Penduduk di situ katanya, mendakwa kawasan perumahan bukan tempat yang sesuai untuk menjadi lokasi pusat penjagaan rumah orang tua.

Sementara itu, MBI katanya, mengenalpasti Kampung Sungai Rokam sebagai kampung terbersih di Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");