Berita Hari Ini

Hakikat kenapa rakyat perlu TOLAK Pembangkang.

Perancangan Pakatan Rakyat yang kononnya merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat hanya satu helah dan pembohongan untuk berkuasa.

Boleh dilihat kesemua janji-janji tersebut langsung tidak rasional untuk dilaksanakan malah ia boleh meranapkan Negara yang telah dibangunkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

Kita lihat apa yang menyebabkan matlamat Pembangkang ini perlu ditolak oleh rakyat.

1.Kalau Pakatan memerintah, kita janjikan pendapatan isi rumah di Malaysia paling kurang RM 4,000 sebulan.

Hakikat Sebenar -Untuk mencapai pendapatan isi rumah RM 4,000 sebulan, kadar pertumbuhan ekonomi perlu berada pada tahap 21.7%, tetapi negara-negara maju Asia seperti China yang mempunyai kadar pertumbuhan paling tinggi pun hanya berada pada tahap 10% tahun lalu. Jadi jelas ia langsung tidak rasional untuk dipraktikkan.

2.Kalau Pakatan memerintah, kita akan mengarahkan khazanah dan kwsp mengambil alih konsesi lebuh raya untuk pemberian tol percuma.

Hakikat Sebenar –Untuk melaksanakan tol percuma, ia memakan belanja yang sangat tinggi iaitu 2/3 dari jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan persekutuan. Jadi secara logiknya jika amaun RM 50 ke RM 100 billion hanya digunakan untuk membayar tol maka perbelanjaan lain atau subsidi yang dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat akan dihapuskan. Selain itu bagi menanggung kos tersebut kerajaan Pakatan akan menggunakan wang KWSP yang disimpan oleh rakyat. Hakikatnya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah sesekali pun akan menggunakan wang KWSP untuk kepentingan negara.

3.Kalau Pakatan memerintah, kita akan memberi imbuhan RM 500 kepada para guru.

Hakikat Sebenar –Negara mempunyai lebih 400,000 guru, jadi kos yang diperlukan untuk melaksanakan matlamat tersebut adalah RM2.4 billion. Berikutan kos nya yang terlalu tinggi tentu banyak peruntukkan untuk kemudahan lain terpaksa dipotong malah peruntukkan untuk pembangunan rakyat luar bandar juga mungkin terjejas.

4.Kalau Pakatan memerintah, kita akan memberi 20% royalty minyak kepada Sarawak.

Hakikat Sebenar –Jika perkara ini terjadi maka ia pasti akan mengurangkan dividen Petronas sebanyak RM12.5 billion dan sekaligus akan menjunamkan kelestarian Petronas untuk jangka masa panjang.

5.Kalau Pakatan memerintah, kita akan lupuskan ladang Felda Plantations. 330,000 hektar tanah akan kita bahagikan kepada semua keluarga peneroka.

Hakikat Sebenar –Terdapat lebih 1.6 juta orang keluarga peneroka di negara ini. Dengan keluasan tanah 330,000 hektar maka seorang peneroka hanya akan mendapat satu ekar tanah sahaja. Tidakkah ia lebih merugikan jika dibandingkan apa yang telah diberi oleh kerajaan.

6.Program 100 hari pembangkang.

Hakikat Sebenar- Matlamat ini adalah yang paling tidak logik untuk dipraktikkan. Cuba renungkan nenek moyang kita, pemimpin-pemimpin terdahulu telah mengambil masa yang lama untuk menjadikan negara membangun sehingga mampu bersaing dengan negara Asia lain. Malah dengan tempoh yang tidak sampai setahun mereka meletakkan angan-angan untuk mentadbir negara. Sudah jelas mereka ini sememangnya tamak dan rakus untuk memerintah.

Untuk membangunkan sebuah negara, ia memerlukan satu tempoh dan perancangan yang teliti kerana ia melibatkan rakyat pelbagai kaum. Dengan sikap pembangkang yang tidak bersatu itu, mana mungkin hasrat untuk mentadbir negara dalam 100 hari dapat dilaksanakan.

Kita tidak mahu masalah yang menimpa Pulau Pinang dan Selangor terjadi kepada keseluruhan negara ini. Kita sudah lihat di media-media massa dipaparkan bagaimana kerakusan pembangkang yang lebih bijak merampas hak rakyat, membohong rakyat dengan janji-janji palsu.

?Sehubungan itu, rakyat Malaysia dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini janganlah menyokong manusia-manusia yang bertopengkan syaitan ini. Golongan pemimpin seperti ini tidak mampu untuk menyatukan dan memperkukuhkan parti ini apatah lagi negara yang sedang pesat membangun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");