Perak Hari Ini

Kontraktor Melayu Perak Bina Kompleks Ibu Pejabat

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak akan melabur sebanyak RM50 juta untuk membangunkan kompleks ibu pejabatnya di Bandar Meru Raya di sini tahun ini, kata pengerusinya Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim.

Beliau berkata kompleks yang dikenali sebagai Wisma PKMM Perak itu akan menempatkan ibu pejabat PKMM Perak, bangunan pejabat empat tingkat, kedai perniagaan serta tujuh blok apartmen.

“Kita telah menerima kelulusan tapak seluas kira-kira satu hektar daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak…kini sedang dalam proses menyiapkan semua dokumentasi sebelum memulakan kerja tanah pada bulan Oktober ini.

Bagi memudahkan pengurusan persatuan…kita bercadang menjual kesemua unit bangunan kepada ahli bagi membolehkan mereka memiliki aset serta menjadikan kawasan ini sebagai Wisma PKMM,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Jamaluddin berkata pihaknya merancang untuk memberikan 10 peratus diskaun harga jualan kepada ahli yang berminat untuk memindahkan pusat operasi ke kompleks itu.

Beliau berkata diskaun istimewa kepada 1,200 ahli persatuan akan turut diberikan jika membeli 700 unit apartmen yang akan dibangunkan.

“Kita mahu mewujudkan sebuah perkampungan orang Melayu di kawasan ini dan memberikan keutamaan kepada ahli untuk membeli unit-unit apartmen ini apabila siap kelak,” katanya.

Beliau berkata kompleks berkenaan terletak pada kedudukan yang strategik kerana bersebelahan perhentian bas Meru Raya dan Mydin Hypermarket yang akan siap sepenuhnya pada hujung 2012.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");