Perak Hari Ini

Kor Ming tunjuk pandai

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming mengatakan Perak negeri bankrap sebagai sengaja menimbulkan kekeliruan rakyat untuk menonjolkan ‘kepandaian’ sebagai wakil rakyat dan bekas Exco.

Menurutnya, Kor Ming berlagak ‘hero’ sedangkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), beliau tidak menggunakan kesempatan itu untuk menurunkan cukai pintu.

“Beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999, cukai pintu merupakan yang tertinggi di negara ini.

“Kenapa tidak berusaha menurunkan cukai? Selepas kejatuhan PR, ia dibangkitkan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menurunkan kadar cukai pintu dari 16 peratus kepada 10 peratus untuk penduduk rumah pangsa sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, Kor Ming telah memanipulasikan fakta sebenar bahawa Kerajaan Negeri merupakan ‘good paymaster’.

“Rizab Kerajaan Negeri sehingga 30 November 2010 berjumlah RM903.38 juta dan kita mengakui jumlah hutang untuk negeri dari tahun 1999 hingga 2009 menunjukkan peningkatan tetapi kita mempunyai keupayaan bayar kembali pinjaman itu.

“Sebanyak RM820.16 juta adalah pinjaman untuk projek bekalan air oleh Lembaga Air Perak (LAP) bagi membekalkan air bersih kepada rakyat dan RM33.96 juta bagi Rancangan Perumahan Awam untuk rakyat,” katanya.

Hang Soon berkata, semua negeri di negara ini membuat pinjaman dari Kerajaan Persekutuan termasuk negeri PR.

“Semasa kerajaan PR, hutang negeri ketika itu meningkat dan BN tidak pernah menyatakan ia sebagai bankrap. Kami tahu makna bankrap.

“Kor ming punya tanggungjawab untuk bangunkan negeri bukan untuk takutkan rakyat. Kenyataan beliau juga boleh menjejaskan pelaburan luar ke negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");