Perak Hari Ini

Malaysia akan tumpu bidang inovasi dan inovatif: Husni

Perbendaharaan Malaysia akan menjalankan kajian dalam bidang inovasi dan inovatif bagi memastikan negara mampu terus bersaing selepas mencapai taraf negara maju pada 2020.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata negara perlu meningkatkan bidang berkenaan bagi memastikan berkemampuan bersaing dengan negara lain terus kekal.

“Dari segi ekonomi dunia, sekarang ini kita lihat persaingan agak sengit di mana kita sendiri tidak tahu adakah Amerika Syarikat atau China akan menjadi kuasa besar di masa depan.

“Semuanya bergantung kepada bidang inovasi dan inovatif dan kesan kepada pelaburan di luar negara, banyak negara lain telah mengorak langkah ke arah itu seperti India,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program gotong-royong bersama penduduk Kampung Ulu Chepor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Ipoh, Sabtu.

Ahmad Husni berkata, bagi memulakan proses itu, kerajaan memberi tumpuan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti untuk menghasilkan seberapa ramai lulusan peringkat PhD.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang menyediakan struktur bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat di negara ini untuk menjadi pengeluar produk inovasi dan inovatif di masa depan.

“Kerajaan akan mengeluarkan kontrak berpusat untuk membantu syarikat-syarikat ini sebagai asas bagi membolehkan mereka menyiapkan pesanan tempatan dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, 90 pegawai dan anggota PGA Ulu Kinta diketuai Timbalan Komander Briged Utara, ACP Khaw Kok Chin menyertai program gotong-royong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Polis itu.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");