Isu Panas

Soi Lek nak undi PKR?

Ini cerita terbaru pemimpin agung MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  yang sanggup menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

Dari petikan artikel di Malaysia Insider, Soi lek ada menyatakan “Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,”

Sudah jelas disini, Soi Lek sudah mula menyuntik virus-virus perkauman dikalangan orang cina. Bagaimana seorang pemimpin Barisan Nasional yang sepatutnya berpegang pada konsep 1Malaysia tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Tidakkah tindakan Soi Lek itu seolah-olah menunjukkan beliau sendiri ingin melihat perlembagaan hak keistimewaan orang melayu dimansuhkan.

Apa yang dirisaukan, kenyataan Soi Lek itu yang kononnya hanya untuk mencabar PKR untuk meminda perlembagaan itu boleh menggugat kepercayaan kaum cina terhadap BN.

Mana tidaknya, apabila Presiden MCA sendiri boleh berkata demikian, apatah lagi penyokong-penyokong di peringkat bawahan.

Ternyata, Soi Lek telah tersalah perhitungan apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan sanggup mengundi PKR atau lebih tepat parti yang dipimpin seorang ‘Penzina’.

Kita sudah tahu, sokongan orang Cina terhadap BN semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, namun apa yang MCA lakukan ini bukan lah akan membantu BN sebaliknya hanyalah akan mengurangkan kepercayaan rakyat kaum itu terhadap parti yang selama ini menjaga kebajikan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");