Berita Hari Ini

Pilihanraya Sarawak: Lawak terbaru Anwar…

Mungkin peserta rancangan Raja Lawak pun tak berani nak buat lawak macam Datuk seri Anwar Ibrahim.

Pada ketika semua orang melihat wajahnya dengan penuh curiga kebelakangan ini kerana didakwa sebagai lelaki dalam video seks belasah pelacur China Ketua Umum PKR ini cuba mempersoalkan pelan peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak.

Pelan berkenaan yang sudah menjadi persefahaman antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk dilaksanakan selepas pilihanraya negeri itu dijadikan modal terbaru kempen pembangkang.

Anwar yang sepatutnya bertanya dirinya apakah patut beliau sendiri berundur segera sebelum pakatan pembangkang menghadapi ‘malu besar’menyifatkan pelan peralihan kuasa itu satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan.

Dalam sidang akhbarnya di Kuching Selasa,beliau menuntut Najib menetapkan waktu bila peralihan kuasa itu hendak dibuat dan siapa penganti Taib.

Para pemerhati politik melihat tuntutan berkenaan adalah wayang terbaru Anwar dalam usaha untuk cover line isu video seksnya.

Sebelum ini pada sebelah pagi Najib memberitahu wartawan selepas melawat Hospital Sri Aman bahawa beliau akan membuat pengumuman bila tiba masanya mengenai peralihan kuasa pimpinan Sarawak yang disepakatinya dengan Taib.

Perdana Menteri menjelaskan perubahan kepimpinan negeri memerlukan perancangan rapi untuk memastikan tiada masalah yang berbangkit selepas itu.

“Peralihan (kepimpinan) telah ada. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kerajaan negeri. Apa yang paling penting ialah untuk melakukan peralihan kuasa yang lancar.

“Kami tidak boleh terus membuat penyelesaian secara melulu tanpa mengkaji implikasi perubahan dalam kepimpinan,” katanya.

“Kami tidak mahu parti dan kerajaan mempunyai masalah lain (apabila perubahan kepimpinan dilaksanakan),” katanya.

Mengenai tindakan pembangkang yang terus menyerang Taib dan mengatakan mengundi BN bererti memastikan Taib kekal sebagai Ketua Menteri, Najib berkata walau apa pun yang dikatakan pembangkang rakyat perlu melihat kepada sistem penyampaian.

“Dalam hal ini BN terbukti berjaya. Setelah setahun lebih kita laksanakan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), banyak projek luar bandar dijalankan. Saya berazam untuk menyelesaikan agenda pembangunan di Sarawak.

“Sebab itu kita perlukan mandat rakyat. Kalau kerajaan negeri tidak sama dengan kerajaan pusat ini menyulitkan kerja membangunkan Sarawak,” katanya.

Ditanya mengenai kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung, Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata keadaan adalah terkawal dan kempen berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dengan mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau tidak boleh berada di semua tempat.

“Kawasan DUN yang telah saya kunjungi kelihatan agak baik. Pembangkang juga bekerja dengan kuat,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau melihat sokongan kepada Barisan Nasional (BN) berada pada tahap yang baik tetapi usaha memenangi hati rakyat perlu ditingkatkan kerana persaingan dalam pilihan raya kali ini tidak seperti dahulu.

“Kali ini lebih hebat dan BN kena tingkatkan lagi usaha. Saya tidak boleh cakap setiap kawasan… saya cakap secara umum. Ada kawasan masih kelabu, ada kawasan semakin baik,” katanya.

Sementara itu berucap ringkas pada Konsert 1 Malaysia di Padang Merdeka,Kuching Selasa malam Najib berkata tidak salah jika rakyat Sarawak mahukan perubahan.

namun menurut beliau biarlah perubahan itu kepada yang lebih baik.

Justru itu katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh memberikan perubahan kepada penduduk Sarawak berdasarkan kemampuan sedia ada.

“Kita tidak mahu perubahan tergesa-gesa tetapi terancang dan tersusun,” katanya.

Hampir 5,000 menyaksikan konsert itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud walaupun hujan renyai-renyai.

Katanya, jangan mengadaikan masa depan rakyat dengan membuat sesuatu tanpa memikirkan kesannya pada generasi akan datang.

Sehubungan itu, beliau menaihatkan rakyat Sarawak jangan mendengar hasutan pihak lain terutama pembangkang yang tidak boleh bersatu dan kucar kacir dalam parti masing-masing.

Najib sekali lagi menegaskan kekerapan beliau turun ke Sarawak dalam kempen pilihan raya bertujuan berjumpa rakyat terutama di kawasan terpencil yang sukar disebut namanya.

Sementara itu,Taib mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Katanya, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti, saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” katanya.-11/4/2011

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");