Isu Panas

PKR hanya pandai menipu

Pemberian air percuma di Selangor menjadi topik utama ceramah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dimana beliau mendakwa ia seharusnya menjadi contoh mengapa rakyat di Sarawak perlu memihak calon PKR.

Namun yang peliknya tidak pula Nurul Izzah menyebut tentang ribuan rakyat Selangor yang diperbodohkan dengan janji-janji manis PKR berhubung isu air ini. Lebih teruk pemimpin-pemimpim ini sanggup mengheret rakyat Selangor untuk turun membuat demonstrasi jalanan.

Kita tidak mahu trend berdemonstrasi dan rusuhan yang diamalkan PKR ini wujud di Sarawak yang selama ini masih teguh berpegang kepada perpaduan kaum. Ternyata Nurul Izzah sudah mula menyuntik virus-virus maut pembangkang kepada rakyat Sarawak.

Dimana logiknya kenyataan Nurul Izzah yang memberitahu pemberian air percuma PKR itu memihak kepada rakyat sedangkang hakikatnya air yang kerajaan mereka bagi itu adalah air yang tidak dirawat. Ini sudah terbukti penipuan secara halus Pakatan Rakyat untuk mengaburi rakyat.

Apalah guna air percuma itu jika yang diberi adalah air yang tidak dirawat. Lebih teruk, di Kelantan dikatakan  hanya 55.7 peratus daripada populasi negeri itu menerima bekalan air terawat. Yang selebihnya bagaimana pula?

Situasi ini jauh berbeza dengan keadaan Sarawak yang jauh lebih baik berbanding Kelantan apabila mencatatkan  86.2 peratus dari segi liputan air terawat untuk penduduk.

Jadi, adakah rakyat Sarawak bersedia mendapat air tanpa dirawat secara percuma atau menanggung sedikit kos untuk mendapat sumber air bersih. Sudah jelas ini Pakatan Rakyat hanya mahu memperbodohkan rakyat Sarawak.

Selain itu, dalam ceramahnya di Dun Samariang malam tadi, Nurul Izzah turut menyentuh perihal harta Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. Inilah kehebatan PKR, apabila soal-soal peribadi mereka disentuh maka pelbagai tomahan dan makian dilemparkan sehingga wartawan yang hanya menjalankan tugas pun menjadi mangsa.

Tidakkah lebih baik sekiranya PKR perlu selesaikan skandal seks yang didakwa melibatkan pemimpin ‘langit’ mereka itu. Kes lama pun belum diselesaikan inikan pula kes ‘china doll’ yang terbaru, masih ada masa lagi nak siasat harta orang.

Kononnya Pakatan Rakyat mahu harta Taib disiasat sekiranya mereka memerintah, tetapi penyebaran video seks Anwar tidak pula mahu disiasat. Pelik sungguh.

Lebih teruk, pembangkang boleh mendakwa pemerintahan Taib yang terlalu lama sehingga mengaut kekayaan berlipat ganda. Inilah masalah pembangkang, cerminlah diri dulu sebelum membuat kenyataan. Dalam Pakatan Rakyat, semuanya pemimpin muda-muda kah. Karpal Singh sendiri pun terpaksa bergerak menggunakan ‘wiicha’, sudah jelas betapa ‘senior’nya pemimpin DAP itu, belum termasuk Nik Aziz dan Lim Kit Siang lagi.

Ini lah kehebatan Pakatan Rakyat. Berkaitan mereka semuanya betul sahaja, yang berzina pun betul, yang mengeluarkan fatwa sendiri pun betul, yang merampas tanah rakyat pun betul. Parti seperti inikah yang mampu memerintah Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");