Perak Hari Ini

Sidang DUN Perak Hari Kedua

Insiden sindir menyindir berlaku antara Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Adun  Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung pembasmian kemiskinan pada hari kedua Sidang DUN Perak hari ini.

Sebelum itu, Adun Keranji, Chen Fook Chye mengemukakan soalan lisan berhubung  bilangan dan kawasan setinggan, kawasan setinggan yang diluluskan sebagai kampung tersusun dan rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah setinggan.

Ia tercetus apabila Adun Sungkai, A Sivanesan mengemukakan soalan tambahan mengenai usaha pembasmian kemiskinan di Perak selama 53 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Adun Pangkor membidas sindiran Koo Ham dengan berkata, “You sindir ingat saya tidak dengar ke?

Manakala, Adun Pasir Pinji, Thomas Su Keong bangun untuk memeriahkan pertelingkahan itu.

Speaker, Datuk Ganesan berkeras untuk mengambil tindakan tegas dan meminta Adun Sitiawan duduk bagi membolehkan wakil kerajaan negeri menjawab soalan lisan Adun Sungkai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");