Kolumnis

Baru menang AJK, Mazlan Aliman sudah angkuh bongkak!

Tak habis-habis Mazlan Aliman menunjukkan sifat mazmumahnya. Keangkuhan dan kesombongannya begitu terserlah apabila berkata bahawa PAS tidak pernah tertarik langsung untuk bersatu dengan UMNO, meskipun di bawah BN. Kononnya, PAS tidak pernah lupa dengan memori silam permusuhan antara PAS dan UMNO pada tahun 70’an dahulu.

Baru saja menang bertanding sebagai AJK Pas Pusat, Mazlan sudah bukan main sombong, tidak langsung menampakkan sifat zuhud dan pemaafnya sesama saudara seIslam. Sudahlah selama ini dibesarkan dengan jasa dan budi Tun Abdul Razak yang membina Felda, Mazlan mengutuk pula Kerajaan yang selama ini membela Melayu, termasuk keluarga Pak Cik Aliman selama lebih puluhan tahun.

Tidakkah Mazlan sedar bahawa sikap PAS yang enggan melupakan memori silam sengketa antara PAS dan UMNO yang memecahkan perpaduan umat Islam pada sekitar tahun 70’an itu menunjukkan dirinya sebagai seorang pendendam? Apakah Rasulullah SAW dahulu mengajar umatnya agar bersikap berdendam antara satu sama lain?

Sekiranya Mazlan berdendam sangat dengan UMNO dan kepimpinannya pada tahun 70’an dahulu, mengapa dia tidak mendesak keluarganya agar berpindah saja dari Felda dan tidak termakan jasa Kerajaan UMNO ketika itu? Tidak malukah Mazlan Aliman? Tanah itu tanah Kerajaan yang diberikan secara percuma untuk menaik taraf kehidupan keluarganya. Tak malukah Mazlan menerima sumbangan dari Kerajaan itu?

Saya percaya, sekiranya bangsa Cina diberi kesempatan sebegitu, mereka akan berterima kasih terhadap BN, sebagaimana mereka berterima kasih pada Nizar yang memberikan tanah kepada mereka selama 999 tahun itu. Namun, mungkin hati Mazlan Aliman sudah hitam gelap untuk mensyukuri nikmat Allah serta berterima kasih pada Kerajaan yang menyampaikan amanah Allah itu…

Dengan menolak perpaduan antara PAS dan UMNO, maka ternyatalah Mazlan Aliman tergolong dari golongan yang menentang ajaran Rasulullah SAW dan Islam yang dibawanya. Allah sendiri berfirman dan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersatu. Namun, hanya kerana kepentingan duniawi yang bernama “POLITIK”, Mazlan Aliman sanggup mengkufuri seruan Allah itu. Bongkak sungguh hamba Mu yang bernama Mazlan Aliman ini, Ya Allah..!

Justeru itu, saya memohon kepada Allah SWT agar dibukakan hati Mazlan Aliman dan mereka-mereka yang mempunyai hati sepertinya untuk diberikan hidayah. Semoga mereka dapat melihat hikmah di sebalik penyatuan ummah. Biarpun PAS enggan bersatu bersama UMNO, bersahabat saja sudah cukup. Usahlah bermusuhan. Namun menyedihkan, PAS menolak saudara seIslamnya dan memeluk kuffar laknatullahi alaihim!

Ternyata dunia PAS sudah terbalik. Kerajaan Kebajikan didahulukan, Kerajaan Islam dinafikan. Saudara seIslam dimaki hamunkan, kuffar laknatullah dipeluk eratkan. Mungkin itulah perubahan PAS alaf ini. Wallahualam.

Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");