Perak Hari Ini

Gangguan air di sekolah:Tiada jalan penyelesaian

Hampir 60 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) (T) Bidor Tahan, di sini kerap berdepan masalah gangguan bekalan air.

Bekas murid, P Pallraj, 30, berkata, masalah bekalan air yang berlaku di sekolah ini sering berlaku sehingga ada kalanya berlarutan empat hari seminggu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pelbagai masalah timbul terutama kepada pihak pengurusan kantin sekolah apabila terpaksa membawa bekalan air sendiri.

“Apabila tiada air maka tandas juga tidak boleh digunakan dan ini memberikan kesukaran kepada guru dan murid di sekolah ini.

“Pihak kantin juga tidak dapat menyediakan makanan kerana ketiadaan bekalan air, situasi seperti ini pastinya mengganggu sesi pembelajaran murid,” katanya kepada.

Dalam perkembangan sama, Pallraj berkata, sekolah berkenaan turut berdepan dengan kemudahan tandas yang mengalami kerosakan.

Katanya, kerosakan yang dimaksudkan ialah kesukaran air untuk dipam sehingga menyebabkan limpahan air berlaku setiap kali digunakan.

“Masalah tandas ini sudah berlaku sejak sekian lama dan perkara ini begitu membimbangkan.

“Sebagai bekas murid, saya prihatin dengan masalah ini kerana tidak mahu ia mengganggu tumpuan pembelajaran murid sekolah,” katanya.

Pallraj berkata, pelbagai peruntukkan sebelum ini sudah disalurkan untuk membaiki masalah tandas, namun sehingga kini belum menampakkan sebarang perubahan terhadap kemudahan di sekolah itu,” katanya.

Beliau berkata, kapasiti murid yang sedikit di sekolah itu tidak boleh dijadikan alasan kepada usaha kerajaan memberikan suasana pembelajaran yang lebih baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");