Perak Hari Ini

Kepada MBI-Suara Rakyat

Kepada MBI,

Saya salah seorang peniaga berlesen di Gerbang Malam Ipoh amat kesal dan kecewa dgn sikap sambil lewa dr pihak penguatkuasaan MBI kerana jarang membuat pantauan di Gerbang Malam Ipoh. Terlalu ramai peniaga haram (tidak berlesen) berleluasa. Dimana ada tapak kosong, disitu akan dipenuhi dgn peniaga haram ini. Ada yg sampai bergaduh disebabkan ingin berebut tapak kosong.

Pernah saya terlihat apabila penguatkuasa MBI membuat pantauan dan semak lesen peniaga-peniaga, ada beberapa peniaga haram ini terlepas dr kena tindakan saman/kompaun atas alasan kenal penguatkuasa MBI, atau kawan rapat atau “adik-beradik”. Saya amat kesal kerana kejadian sebegini boleh berlaku didalam penguatkuasa MBI (badan kerajaan). Mengapa mesti ada pilih kasih, siapa yg perlu disaman dan siapa yg tak perlu disaman. Klu begitu lebih baik kami tak payah bayar lesen. Boleh meniaga sesuka hati mcm peniaga haram ni.

Lesen yg dikeluarkan utk peniaga Gerbang Malam hanya utk meniaga barang2 kering sahaja. Tapi skrg ni apa yg saya lihat air, buah-buahan,cd,vcd haram semua ade jual kat sini. Dah jadi mcm pasar malam. Tiada konsep tersendiri Gerbang Malam lagi. Tiada penguatkuasaan langsung.

Saya berharap pihak penguatkuasaan MBI dapat memantau kerapkali agenda yg sy utarakan ini di Gerbang Malam Ipoh. Sila ambil perhatian dan jgn bersikap sambil lewa.

Sekian.

Yg benar,
Pembayar lesen & pembayar cukai

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");