Perak Hari Ini

Nelayan bantah kerajaan tarik subsidi minyak diesel

Tindakan kerajaan menarik balik subsidi diesel keatas nelayan laut akhirnya menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan mereka kerana terpaksa menanggung bebanan kos yang sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu satu demonstrasi bantahan penarikan semula subsidi itu akan dilaksanakan di kawasan Pantai Remis, Perak bagi memohon kerajaan mempertimbangkan keputusan itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chan Koh Youn (Gambar) yang menerima memorandum bantahan tersebut memberitahu kebanyakkan nelayan laut dalam mengalami kerugian teruk apabila kerajaan pusat mengambil langkah menarik semula subsidi diesel.

Katanya, peningkatan harga minyak diesel begitu mendadak iaitu dari RM 1.25 sebelum ini kepada RM 1.80 seliter.

“Bila kerajaan tarik semula subsidi.. maka nelayan terpaksa menanggung kos yang tinggi secara mendadak dan ini yang memberi bebanan kepada mereka.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan keputusan ini… jika mahu tarik subsidi pun… tarik la sedikit demi sedikit supaya nelayan tidak merasai kesan teruk.

Tambah Koh Youn, walaupun kerajaan pusat ada menambah subsidi nelayan laut dalam iaitu dengan insentif tambahan antara 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan namun ia masih belum dapat mengurangkan bebanan kos akibat peningkatan harga diesel.

Selain itu katanya, nelayan juga terpaksa menanggung kos perkhidmatan pekerja asing dan dengan insentif tambahan yang tidak seberapa ia langsung tidak dapat menampung harga minyak.

Bagi mengelak nelayan laut dalam terus terhimpit dengan bebanan kos, Koh Youn harap kerajaan dapat mencari satu alternatif bagi memastikan peningkatan harga minyak minyak tidak terlalu mendadak.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengumumkan nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter.

Sebaliknya, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");