Perak Hari Ini

Perak beri perhatian aspek pendidikan luar bandar

Aspek pendidikan luar bandar merupakan antara intipati penting yang diberi perhatian oleh kerajaan Perak dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar dari kawasan berkenaan.

Selaras dengan usaha itu, sebuah lagi sekolah bakal dibina dengan kos perbelanjaan yang menelan hampir RM 27 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul berkata sekolah yang meliputi keluasan kira-kira 30 hektar itu akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2013.

Jelas beliau, SMK Kampung Perak itu adalah sekolah yang ketujuh dibina dalam Parlimen Larut dimana ia mampu menampung lebih 500 pelajar.

“Pembinaan sekolah ini adalah selaras dengan agenda kerajaan negeri dalam meningkatkan sistem pendidikan luar bandar.

“Sekolah ini bakal menjadi sebuah sekolah yang termaju dalam Parlimen Larut dan ia diharap dapat memberi  pendidikan terbaik kepada anak-anak di kampung ini.

Dalam pada itu, Zambry juga mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk menaiktarafkan padang sekolah berkenaan kepada saiz olimpik.

Ini kerana katanya, selain kegunaan pada sesi persekolahan, padang itu juga boleh  digunapakai oleh penduduk yang tinggal di kampung-kampung berhampiran.

“Jadi saya syorkan supaya padang ini dapat diluaskan supaya masyarakat disini dapat menggunakan padang itu untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

“Sehubungan itu… anak-anak muda bolehlah menjalankan aktiviti riadah… atau mungkin boleh dibuat sukan mini bagi penduduk kampung,”katanya kepada PerakToday hari ini.

Jelas beliau lagi, cadangan itu  juga selari dengan hasrat kerajaan negeri  dalam usaha memasyarakatkan institusi pendidikan di negeri Perak.

Zambry berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah tapak Sekolah Menengah Kampung Perak di Batu Kurau petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");