Perak Hari Ini

MB terima banyak maklum balas di Dun Chenderoh

Lawatan seharian Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke kawasan Dun Chenderoh menyaksikan pemimpin itu amat respon dan luahan hati rakyat.

Rata-rata, apa yang dilihat masyarakat di kawasan Chenderoh dapat berjumpa secara terus dengan beliau bagi meluahkan sebarang permasalahan yang mereka alami.

Pendekatan yang digunakan kerajaan Perak itu dilihat bukan sahaja dapat mempercepatkan proses penyelesaian masalah malah ia turut merapatkan ukhwah antara pemimpin tertinggi negeri dengan rakyat pelbagai peringkat.

Dalam siri lawatan turun padang Zambry ke sekitar kawasan berkenaan, lebih 30 kotak makanan telah diberikan kepada fakir miskin tanpa sedikitpun mengira kaum atau fahaman politik.

Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan makanan secara bersepadu kepada golongan keterbawahan selaras dengan hasrat membasmi kemiskinan tegar di Perak.

Perlaksanaan skim pemberian kotak makanan ini dilihat dapat mewujudkan sikap peduli dikalangan pemimpin kepada nasib golongan keterbawahan selain untuk menghidupkan suasana bantu-membantu dalam masyarakat.

“Jadi hari ini saya telah melawat di beberapa buah perkampungan Melayu, Cina India di sekitar Dun Chenderoh ini dan sebanyak 30 kotak makanan telah diedarkan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di setiap kampung.

“Di dalam kotak makanan yang kita sediakan itu…penduduk akan menerima barangan dapur seperti bahan kering termasuk beras, gula, susu dan biskut.

“Apa yangsaya lihat…dengan adanya program seperti ini kerajaan negeri bukan sahaja dapat mengadakan diskusi bersama rakyat malah input dan maklum balas yang diberikan oleh masyarakat disini akan kita kaji bagi melancarkan lagi sistem pentadbiran atau bantuan kepada penduduk-penduduk kampung.

Selain itu katanya, menerusi bantuan yang disalurkan tersebut ia diharap dapat meringankan bebanan kumpulan sasaran YBU seperti masyarakat yang miskin tegar, orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, anak yatim, anak angkat, ibu tunggal dan golongan keterbawahan.

Tambah beliau lagi, adalah menjadu tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Perak dapat menikmati kehidupan selesa tanpa sedikit pun merasakan mereka ketinggalan dalam pembangunan negeri dari sudut ekonomi, sosial dan kebajikan.

Menurut Zambry, apa yang diharapkan kini adalah rakyat berpuas hati dengan persembahan dan pencapaian kerajaan negeri sepanjang pentadbiran Barisan Nasional di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");