Perak Hari Ini

YBUDR perkenal sistem kiosk babit dua lokasi utama di Ipoh

Selaras kemajuan teknologi maklumat masa kini, Yayasan Bina Upaya Perak Darul Ridzuan (YBUDR) akan memperhebatkan lagi sistem pengurusan on-line dengan memperkenalkan sistem kiosk yang dijadual beroperasi bulan ini.

Penolong Pengurus Teknologi Maklumat YBUDR, Syahrul Nizam Muhmad Roslan berkata perancangan mengadakan sistem kiosk bertepatan sekali setelah membuat kajian yang terperinci mengenai kepentingannya dalam menyediakan kemudahan pencapaian informasi dan interaksi kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

“Sistem Kiosk yang akan kami lancarkan ini bersamaan dengan sistem yang ada di laman web kami tetapi beza kami aplikasikan sistem ini dalam bentuk Kiosk kerana ianya lebih menjimatkan masa dan memudahkan setiap urusan bersama kami.

Pautan laman web YBUDR pada masa ini antaranya menyediakan Sistem Borang Permohonan Bantuan Mikrokredit Dan Infra, Sistem Pendaftaran Golongan Keterbawahan Negeri Perak, Sistem Sukarelawan Negeri Perak dan Sistem Borang Permohonan Ladies Uptown Ipoh,” katanya.

Sistem Borang Permohonan Bantuan Mikrokredit dan Infra membenarkan pemohon membuat semakan status permohonan mereka melalui on-line. Keputusan akan diperolehi selepas 30 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Mereka yang membuat permohonan secara on-line akan memperolehi satu nombor permohonan dimana sekiranya mereka hadir ke pejabat YBUDR mereka hanya perlu menyatakan nombor permohonan untuk mengetahui status terkini.

Menurutnya pertanyaan dan maklumat berkaitan YBUDR juga akan disadurkan kepada seksyen yang terlibat dan maklumbalas akan dijawab melalui 3 medium iaitu melalui surat, telefon atau pun email. Selain itu pengguna juga boleh mengetahui aktiviti YBUDR melalui kalendar program.

“Mesin sistem kiosk dijangka akan beroperasi pada ini. Permulaannya akan menempatkan dua lokasi yang berlainan iaitu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan di pejabat YBUDR sendiri,” jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan sistem kiosk di dua lokasi bagi memudahkan mereka membuat permohonan dan semakan terhadap kesemua sistem borang yang dinyatakan.

“Secara umumnya sistem kioks merupakan satu medium perantaraan diantara masyarakat dengan YBUDR. Seandainya sistem kiosk ini mendapat maklumbalas yang menggalakkan, kemungkinan besar ianya akan ditambah ke lokasi-lokasi yang dirasakan perlu.

“Kami melihat kepentingan sistem kiosk mempunyai kesan yang mendalam dari segi kemudahan berinteraksi dalam membuat capaian maklumat terutamanya untuk mengisi borang permohonan online dan membuat semakan terus melalui sistem tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");