Perak Hari Ini

163 rumah untuk Orang Asli jangka siap akhir 2011

Hal ehwal kebajikan orang asli bukan sahaja menjadi aspek utama dalam pentadbiran kerajaan negeri malah ia turut mendapat perhatian pasukan ketenteraan iaitu Formasi 2 Divisyen.

Dalam satu majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PBR di Pos Raia, disasarkan lebih 163 unit rumah mampu milik akan dibina menjelang Disember 2011 di Perak dan Kelantan.

Panglima 2 Divisyen, Mejar General Datuk Mohd Noor Daud ketika ditemui memberitahu, penyediaan kediaman lebih selesa kepada penempatan orang asli adalah antara tanggungjawab sosial yang dilaksanakan khas untuk masyarakat pribumi itu.

Katanya, kos kesemua rumah terbabit diperuntukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan melibatkan hampir RM6juta secara keseluruhannya.

“Bagi projek ini…peruntukkan adalah disalurkan oleh kerajaan namun kerja pembinaan dilakukan sendiri oleh Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen.

“Jadi, projek ini melibatkan seramai tujuh pegawai dan 429 anggota lain-lain pangkat menumpukan kawasan penempatan orang asli berbangsa Temiar, Jahai, Lanoh, Bateq dan Semai.

Tambah Mohd Noor lagi, kira-kira 11 buah rumah telah pun disiapkan pada Mei lalu dimana lima buah di Pos Kemar dan enam Pos Raia.

Selain itu katanya, bagi di Kelantan 20 rumah telah siap dibina pada tempoh yang sama iaitu lima buah di Pos Kuala betis, Gua Musang, Kampung Rual di Jeli.

Jelas beliau, setakat ini, 87 buah rumah yang meliputi 24 kampung dalam lima daerah berasingan di Perak akan siap sepenuhnya selain 76 kediaman yang terletak di 18 kampung di Kelantan.

Mohd Noor berkata, sebanyak 53 rumah sedang dalam pembinaan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

“Selepas Pos Raia, kita akan jalankan pembinaan rumah di Pos Yum, Sungai Siput, Pos Kemar di Temenggor dan Pos Slim serta Pos Sinju yang berjumlah 29 buah.

“Di Kampung Rual Jeli kita akan bina enam buah termasuk di Pos Tohoi Lama, Pos Lebir lima buah, Tohoi Baru empat dan RPS Kuala Betis tiga dan masing-masing dalam daerah Gua Musang,” katanya.

Hadir sama dalam program penyerahan kunci itu, Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifle Mansor, Pengarah Projek Gemas/Saketariat Projek National Blue Ocean Strategy – NBOS 3, Kolonel Abdullah Mansor dan Pegawai Pemerintah Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja, Leftenan Kolonel Badrul Hisham Suda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");