Kolumnis

STADIUM MERDEKA PUN TAK HINGIN KAT BERSIH!

Perbadanan Stadium Merdeka telah menolak permintaan dan tempahan Sektretariat BERSIH 2.0 dengan alasan sukan pengurusan dalaman dan pengubahsuaian sedang dibuat di stadium tersebut. Alasan-alasan yang diberikan oleh Perbadanan Stadium Merdeka telah menyebabkan para pencacai Pakatan Rakyat meroyan sakan!

Secara tidak langsung, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Stadium Merdeka juga menolak mereka. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa pengurusan Stadium Merdeka enggan mengambil risiko kerosakan besar yang bakal dilakukan oleh pencacai-pencacai Pakatan Rakyat di stadium yang penuh bersejarah itu.

Keinginan Pakatan Rakyat untuk menggunakan Stadium Merdeka mudah ditanggapi. Sudah tentulah kerana Stadium Merdeka adalah lokasi yang paling baik untuk mereka menjalankan rancangan asal menghuru-harakan Kuala Lumpur. Alasan yang diberikan oleh Sekretariat BERSIH 2.0 bahawa lokasi yang dipilih untuk demonstrasi adalah menggambarkan skala dan pemusatan isu, sebenarnya adalah alasan yang paling dangkal.

Objektif asal BERSIH 2.0 dikatakan ialah untuk menyerahkan memorandum kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong tetapi dalam majlis penghadapan yang dibuat semalam, tiada sebarang memorandum yang diserahkan, sebaliknya Ambiga Sreevanasan mengatakan keputusan telah dibuat yang demonstrasi ganas akan dilaksanakan di Stadium Merdeka.

Sekarang, Stadium Merdeka telah menolak permohonan mereka. Kabinet pula memutuskan bahawa demonstrasi dan rusuhan di dalam stadium perlu dilakukan di luar Lembah Kelang. Pakatan Rakyat mempunyai stadium di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Pastinya stadium di Pulau Pinang amat menepati skala dan pemusatan isu seperti yang diperkatakan oleh Sekretariat BERSIH 2.0.

Atau paling cikai pun, mereka boleh beroperasi di Stadium Shah Alam. Apatah lagi berbanding Stadium Merdeka, Stadium Shah Alam jauh lebih besar dan lebih strategik. Terutama kedudukannya yang jauh daripada jalan utama. Malah dengan keluasan kawasan parkir pula, tentunya 300,000 orang pencetus kekacauan dan huru-hara boleh ditempat dengan mudah.

Tidak perlulah melalak tentang tempoh yang sangat singkat untuk memindahkan lokasi. Lagipun keputusan untuk berpindah daripada jalanan ke stadium atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadikan Stadium Merdeka sebagai pangkalan dan kubu hanyalah dibuat tidak sampai 24 jam yang lalu. Walaupun desakan dan saranan agar BERSIH 2.0 dibuat di stadium atau kawasan tertutup sudah dibuat berminggu-minggu sebelum ini tetapi Sekretariat BERSIH 2.0 sangat degil dan keras kepala dengan ikrar mereka, demonstrasi akan tetap dijalankan di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Seandainya cadangan dan saranan agar demonstrasi serta rusuhan ganas dibuat di Stadium Shah Alam lebih awal, sudah tentulah masalah tidak cukup masa, tidak akan timbul. Bahkan pastinya, rakyat Malaysia akan menarik nafas panjang dan lebih lega kerana tiada ancaman kekacauan serta huru-hara di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Apa-apa pun tahniah kepada Perbadanan Stadium Merdeka yang menutup pintu untuk para pencetus kekacauan itu daripada berhimpun dan kemudian mencetuskan huru-hara di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang mereka rancangkan selepas keluar dari stadium!

Setidak-tidaknya Kuala Lumpur akan terjauh daripada sebarang malapetaka dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan lancar tanpa perlu tersekat-sekat dek gangguan para demonstrator!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");