Isu Panas

Stadium Merdeka Lokasi Bersih 2.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini mulai pukul 2 petang di Stadium Merdeka.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak petang ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina di sini, Rabu.

Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan tekanan terhadap penyokong dan membebaskan serta-merta mereka yang ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat baru-baru ini.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan Bersih yang mendesak penambaikan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Walaupun akan diadakan di Stadium Merdeka, perarakan akan tetap dilakukan bermula dari 3 lokasi iaitu Masjid Jamek Kampung Baru, Sogo dan Depan Bangunan DBKL.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");