Kolumnis

DEJAVU di Selangor: Hasan Ali dihentak Khalid Ibrahim lagi..!

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor gempar lagi dengan insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap sebuah Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya. Dalam serbuan itu, JAIS yang ditemani oleh beberapa anggota polis telah berjaya mengesan 12 orang umat Islam yang dipercayai “dhaif” dan kurang berkemampuan berbuka puasa di dalam gereja tersebut!

Ekoran serbuan yang dilakukan JAIS yang tertakluk di bawah Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor bergegas menghubungi paderi gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho, untuk menunjukkan kekesalannya atas tindakan itu. Dikhabarkan juga bahawa beliau sempat tergagap-gagap meminta maaf kepada gereja tersebut. Malah, Khalid turut meminta JAIS memberi laporan lengkap tentang serbuan itu dengan segera. Marah la gamaknya tu…

Berlainan pula dengan Hasan Ali. Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawan tentang hal ehwal agama Islam, beliau mempertahankan tindakan JAIS berkenaan. Malah dengan nada tegas, Hasan Ali memberitahu bahawa beliau mempunyai bukti bahawa ada cubaan halus dari pihak gereja berkenaan untuk “memancing” sebilangan umat Islam yang terlibat di dalam majlis tersebut.

Menurut Hasan Ali, beberapa orang yang hadir di majlis itu cuba melarikan diri, namun berjaya dihalang oleh anggota polis dan JAIS. Beliau juga memberitahu bahawa JAIS dihalang untuk menyiasat majlis berkenaan dan penganjur dan “co-penganjur”nya cuba menghapuskan bahan bukti ketika majlis itu berlangsung. Ini bermaksud, ada sesuatu yang tidak kena pada majlis itu!

Ini adalah kali kedua Khalid Ibrahim dan Hasan Ali bertegang urat leher di media tanpa sembunyi-sembunyi. Kali pertama dahulu ialah mengenai isu rampasan arak di Shah Alam. Dalam hal itu, Hasan Ali terang-terang tewas dek kerana tekanan yang diberikan oleh Menteri Besar dan Exco-Exco DAP yang lain, terutamanya Ronnnie Liu. Hasan Ali terpaksa memulangkan kembali arak yang dirampas, sekaligus memberikan kemenangan kepada Khalid dan konco-konco kafir harbinya…

Ekoran pergeseran pertama itu juga maka kedudukan Hasan Ali di dalam Kerajaan Negeri Selangor seperti kera sumbang. Beliau seolah-olah dipulaukan oleh geng-geng Khalid Ibrahim. Malah teman-teman Hasan Ali di dalam Pas Selangor yang mengintai kerusi Pesuruhjaya Pas Negeri yang disandangnya itu pun tidak membelanya. Hasan Ali teruk pula dikecam mereka dan hasilnya, beliau dilucutkan jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor pada Muktamar Pas yang lalu. Begitulah pengakhiran “round” pertama…

Untuk isu kedua ini pula, dijangka Hasan Ali akan rebah terus menyembah ke bumi. Khalid Ibrahim berjawatan Menteri Besar, manakala Hasan Ali pula hanyalah Exco Kerajaan sahaja. Bukan setakat itu sahaja, malah keadaan Hasan Ali tidak ubah seperti “melukut ditepi gantang” dan “hidup segan mati tak mahu” diperlakukan oleh Khalid dan Exco=Exco lain.

Sebenarnya, bukan Hasan Ali tak buat kerja. Cuma dia dihalang, ditekan dan tidak diberikan kerjasama yang sepatutnya oleh Kerajaan Pakatan Haram pimpinan Khalid. Dia dipulaukan. Dan disebabkan itulah juga prestasinya terbantut dan banyak kerjanya tak menjadi. Akhirnya, dia sendiri yang merana memendam rasa.

Pada babak pertama, Hasan Ali kehilangan jawatan di dalam parti sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor. Padahal, dialah perintis utama yang menggerakkan Pas sehingga mendapat sambutan di negeri itu. Untuk babak kedua ini, saya menantikan apa yang akan berlaku seterusnya pada Hasan Ali. Apakah kali ini dia akan kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri tersebut? Jika benar, maka itulah yang dinamakan “dejavu”!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");