Kolumnis

PAS Selangor bergolak: Retak menanti belah..!!!

Memang panas keadaan Pas Selangor sekarang. Memang parah! Puak-puak Pas Erdogan Selangor yang diketuai oleh Khalid Samad tidak memberi sebarang peluang kepada Hasan Ali. Di”taruk”nya cukup-cukup mantan Pesuruhjaya Pas Selangor itu. Mentang-mentanglah sekaran Hasan Ali tidak berjawatan besar dalam parti macam dulu…

Sudah diduga, Khalid Samad menghentam Hasan Ali berhubung tindakan JAIS yang dikatakan menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (padahal tak serbu pun, cuma melawat sambil memantau dan ambil keterangan serta sedikit butiran saja…). Pagi-pagi lagi dia sudah memanggil “reporter” untuk memberi kenyataan akhbar, dalam ertikata lain “membelasah” Hasan Ali melalui media.

Kata Khalid Samad yang begitu sayang pada gereja ini, kenyataan dan tindakan Hasan Ali itu adalah kenyataannya seorang. Menurutnya, seluruh kepimpinan Pas Selangor “menjauhi” Hasan Ali. Apa punya “press statement” ni? Kenyataan Khalid itu seolah-olah meminggirkan, memulaukan dan mengaibkan seorang mantan Pesuruhjaya Pas Negeri dan seorang yang sama taraf jawatan dengannya (Hasan Ali dan Khalid Samad kini adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor).

Kata Khalid, umat Islam yang hadir di gereja pada majlis itu bukanlah bermakna untuk memurtadkan diri. Itu hujahnya? Pada saya, pada satu tahap pemikiran normal, apakah rasionalnya berbuka puasa di dalam gereja? Perbuatan itu seolah-olah sama seperti berbuka puasa di dalam tandas beralaskan mangkuk jamban! Memang tidak salah dari hukum, tapi dalam adab dan akhlak Islamnya, terang-terang salah!

Apakah Khalid Samad fikir Islam tidak beradab dan tidak berakhlak? Terang-terang sabda Rasulullah SAW, “Innama bu’ithtu li utammima makarimal akhlak” yang membawa maksud “sesungguhnya aku diutuskan Allah untuk menjadi contoh sebuah akhlak yang mulia”. Apakah Khalid Samad tidak pernah di ajar oleh Mursyidul Am Pas mengenai hadis ini? Atau mungkin hadis tersebut tidak wujud dalam ajaran “agama Pas”?!

Sungguh memeritkan apabila difikirkan corak pemikiran Islam liberal yang dibawa oleh Khalid Samad di dalam Pas Selangor. Habis golongan ulama dinyahkan dari kepimpinan Pas di negeri itu. Hampir sama pula dengan apa yang terjadi di Perak. Dengan Nizar yang suka tunjuk besar kepala, habis golongan ulama Pas di Perak yang mengasingkan diri, tidak mahu bersekongkol dengan kegilaan Nizar…

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor dan jadikan iktibar sewajarnya. Sewaktu di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ada seorang yang mengaku dirinya Islam dan memperjuangkan Islam, sanggup membenarkan saudar seIslamnya berbuka puasa di dalam gereja dan mengabaikan kepentingan aqidah Islamiyyah yang ada pada umat Islam lain. Inikah wakil ulul amri di dalam Pas? “Afala tatadabbarun ya ulil absor”?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");