Perak Hari Ini

Dahan pokok besar membahayakan perlu ditebang

AMPANG – Dahan pokok besar di Persiaran Wira Jaya Barat 34 yang berkemungkinan tumbang bila-bila masa mengakibatkan pengguna di kawasan berkenaan hidup dalam ketakutan akibat dihempap dahan berkenaan.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Ali Mydin, 42, berkata, beliau berharap pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi permasalahan berkenaan terutamanya di tepi jalan utama dan kawasan perumahan.

“Kita faham ia merupakan landskap apatah lagi membantu menghalang hakisan tanah terutamanya pada lereng-lereng bukit namun perkara terbabit perlu diberikan perhatian khususnya pokok-pokok yang sudah mati.

“Selain itu juga, pokok-pokok yang condong dan menunggu sahaja masa untuk rebah perlu ditebang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti di jalan ini,” katanya kepada.

Dahan pokok besar terutama di kawasan perumahan perlu diberi perhatian kerana dibimbangkan mampu mengancam keselamatan terutamanya ketika cuaca hujan lebat hingga memungkinkan pokok ini rebah dan menghempap rumah.

“Setiap kali hujan, keluarga yang tinggal berdekatan pokok besar mesti tidak sedap hati dan berjaga-jaga untuk keluar dari rumah kerana bimbangkan pokok besar berdekatan rumah mereka kerana tragedi tidak dijangka boleh berlaku jika tindakan segera menanganinya tidak diambil dari sekarang.

“Kita bimbang bila berlakunya ribut dan hujan lebat seperti baru-baru ini mampu mengakibatkan tragedi malah dahan yang merentangi jalan raya dikhuatiri mampu membahayakan pengguna,” katanya.

Kata Ali, pengguna jalan raya dan penduduk khususnya amat berharap pihak terbabit dapat menebang pokok yang dilihat berpotensi atau memotong dahannya sebagai langkah menghalang ia tumbang.

“Saya amat berharap keluhan kami  ini dapat diatasi segera dan adalah lebih baik kita usahakan sesuatu daripada menunggu hari, masa dan ketikanya sahaja untuk berlaku pelbagai kemalangan yang tidak diingini.

“Biarlah kita mencegah sesuatu daripada berlaku sebelum terlewat kerana apabila sudah terjadi sesuatu kejadian, pada masa itu sudah terlewat untuk diambil tindakan susulan,”katanya.

Tinjauan ke kawasan yang dimaksudkan mendapati pokok besar yang terletak berdekatan padang permainan mampu membahayakan pengguna kerana dahan pokok berkenaan merentangi jalan.

Keadaan pokok berkenaan yang diandaikan sudah berusia belasan tahun itu memburukan lagi keadaan malah dahannya mampu patah jika dipukul ribut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");