Berita Hari Ini

Kerajaan sudah 54 tahun jaga kebajikan – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak memerlukan konsep negara berkebajikan kerana kerajaan telah 54 tahun mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memperjuangkan prinsip untuk memakmurkan negara supaya kesejahteraan rakyat lebih baik.

Beliau berkata, walaupun ada pihak cuba membuat jenama baru iaitu negara kebajikan tetapi ia sesuatu yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Antaranya kita mempunyai rekod memerangi kemiskinan terbaik di dunia.

Jumlah kemiskinan tegar dikurangkan ke tahap paling minimum. Kini adalah sikit-sikit kita akan terus perangi,” katanya pada majlis Aidilfitri bersama rakyat Malaysia di sini hari ini. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");