Kolumnis

Setelah miliki Ferrari, Azmin beli pula Audi Q7..?!!!

Cuba lihat gambar SUV mewah di atas. SUV mewah itu adalah jenis AUDI, model Q7, yang bukan murah harganya. Bukan calang-calang orang yang mampu membeli SUV tersebut. Harganya lebih 1/2 juta ringgit Malaysia. Mahal bukan? Tentu yang mampu memilikinya hanya orang-orang yang berada dan sudah tidak tahu hendak buat apa dengan duit mereka…

Namun, untuk pengetahuan anda semua, Azmin Alin baru saja membeli sebuah SUV berkenaan. Menurut sumber, nombor pendaftarannya ialah “AS 6”, yang membawa maksud “Azmin Shamsidar anak 6”! Menurut salah seorang ahli keluarga Azmin, kenderaan SUV mewah itu terpaksa disembunyikan di pusat membeli-belah Pavilion, di Bukit Bintang.

Saya dihubungi oleh salah seorang anggota keluarga Azmin yang memberitahu tentang kekayaan Azmin yang dikatakan mempunyai “sumber kewangan tidak terbatas”. Sebut saja berapa, Azmin bisa menyediakan wang sebanyak yang anda sebut. Begitulah disifatkan kekayaan Azmin Ali sejak berkhidmat dengan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kita hanya mendengar laporan bahawa Azmin memiliki kereta mewah berkuasa tinggi, Ferrari sahaja. Sebagaimana kita tahu, ferrari juga mahal harganya. Jika anda bukan jutawan, jangan bermimpi untukmemiliki kereta idaman ramai ini. Namun kini, kita diberitahu bahawa Azmin baru beli Q7 pula. Banyak betul duit Azmin, ye?

Saya tidak cemburu dengan kekayaan Azmin. Menurut sumber, seluruh anggota keluarga Azmin pun tidak hairan dengan kekayaan Azmin. Mereka sudah dari dulu tahu kekayaan Azmin. Seawal penglibatannya dengan Anwar, Azmin sudah membawa wang beratus-ratus ribu ringgit.

Menurut Azmin sendiri, wang tersebut datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar. Mungkin itu hasilnya “menjual isteri” kepada “pelanggan China Doll” yang juga seorang peliwat itu.

Cuma, saya tertanya-tanya, di dalam kemeriahan Azmin yang dilimpahi wang beratus-ratus juta itu, mengapa PKR sering menyatakan bahawa parti mereka tidak punya wang? Malah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sendiri telah menggerakkan tabung dana PKR bagi menampung perbelanjaan parti itu menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

“Sengkek” sangatkah PKR sehingga terpaksa meminta dan merayu derma dari orang ramai, khususnya anggota parti itu? Sedangkan pemimpin-pemimpin PKR, terutamanya Azmin, secara peribadinya begitu mewah berbelanja benda-benda mahal. Berapa sangatlah dana untuk PRU berbanding harga sebuah Ferrari dan Q7? Mengapa perlu rayu dan cekik wang ahli sendiri pula? Minta saja pada Azmin…

Saya memohon kepada pihak berkenaan, terutamanya SPRM untuk menyiasat mengenai dua buah kereta yang dikatakan milik Azmin ini. Sekiranya Azmin tiada kena mengena dengan kenderaan tersebut dan kenderaan-kenderaan itu diletakkan nama Azmin, saya mohon SPRM siasat atas nama siapakah kenderaan itu dibeli. Mungkinkah proksi Azmin?

Saya juga memohon kepada anggota PKR supaya meminta Azmin mengisyhtiharkan aset dan jumlah wang miliknya dan isteri (yang sering dipinjamkan pada Anwar), Shamsidar Taharin. Dikhabarkan semua harta Azmin diletakkan atas nama Shamsidar. Desak juga untuk diumumkan saham-saham miliknya dan isteri, sama ada di dalam atau diluar negara. Dipercayai, Azmin dan Shamsidar lebih kaya dari “Ismeth Ulam Raja”!

Kepada Azmin, saya minta satu sahaja. Pulanglah jenguk ibu di rumah. Minta keampunan dan hulurkanlah sedikit wang setiap bulan untuk kos perubatan dan sara hidupnya. Menurut anggota keluarga Azmin, Timbalan Presiden PKR yang kaya raya itu tidak menghulurkan sesen pun duit raya untuk ibunya. Malah kos perubatan ibunya di hospital juga diselesaikan oleh adik beradiknya yang lain dan tidak Azmin.

Ingatlah Azmin, seorang sahabat Rasulullah SAW dahulu pernah menghadapi kesulitan untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum ajalnya akibat melebihkan isteri sekaligus mengguris hati ibunya. Belajarlah dari kesilapan sahabat dan sejarah tersebut. Saya khuatir ia akan berulang kepada Azmin dan dihebohkan pula pada umum mengenai kesengsaraan Azmin menghadapi sakaratul maut!

Ingat Azmin, hati ibu kamu sudah hancur kamu lakukan dan beliau berkali-kali mengulangi bahawa kamu ada alah seorang anak yang derhaka padanya. Jangan sampai beliau tidak halalkan susu yang kamu teguk dari tubuhnya ketika bayi dulu. Bertaubatlah Azmin, tinggalkanlah Anwar dan lupakanlah Shamsidar yang curang itu. Kemewahan dunia hanyalah plastik, kejarlah kemewahan di akhirat yang kekal abadi…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");