Perak Hari Ini

Peniaga tarik balik saman RM34 juta

Seorang peniaga hari ini menarik balik saman RM34 juta ke atas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat Jasa Kukuh Sdn. Bhd. (Jasa Kukuh), yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, demi kepentingan perniagaannya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Choong Siew Kim membenarkan permohonan Md. Nayan Salleh yang diwakili peguam Sin Cheok Kum untuk berbuat demikian di kamar beliau.

“Saya bersetuju menarik balik saman itu demi mengekalkan hubungan baik dengan rakan perniagaan di samping mengelak kes berpanjangan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Md. Nayan yang juga Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn. Bhd. memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan K. Jeyaraj Fadhli Sin pada 8 Ogos lalu.

Plaintif menamakan MBI dan Jasa Kukuh sebagai defendan pertama dan kedua dalam writ samannya dengan menuntut ganti rugi RM17 juta, faedah lapan peratus dan mengeluarkan kesemua produk pelanggaran di kawasan Dataran MBI Terrace, Jalan Datuk Ismail Shah Bodin di sini dalam tempoh 14 hari.

Pada 15 Ogos lalu, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Jasa Kukuh daripada mengeluar dan memasang produk pengasingan sisa makanan (Simpak) yang dipasang di Dataran MBI Terrace di sini. – Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");