Isu Panas, Kolumnis

Akhlak Sebenar Muslimah PAS

Video diatas menunjukkan sekumpulan muslimah-muslimah Pas yang turut disertai oleh Ketua Muslimah Pas Pusat,Siti Zailah sedang ‘berhibur’ di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam semasa menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim.

Suatu masa dulu Pas mengharamkan wanita menyertai tilawah Al Quran kerana kata mereka suara wanita adalah aurat.

Di Kelantan sehingga ke hari ini jika ada artis wanita hendak mengadakan konsert, ianya perlu diadakan secara tertutup dan penontonnya hanya wanita sahaja.

Jika dulu Pas sering mengutuk Wanita serta Puteri Umno kerana tidak berakhlak dan bebas bersalam dengan bukan muhrim.

Perhatikan pada minit 0.50 dalam video diatas bagaimana muslimah Pas menyanyi “Umno mampus”.

Adakah itu berakhlak ?

Perhatikan juga pada minit 2.00 seorang muslimah Pas bersalaman dengan anggota-anggota polis lelaki.

Walaupun Ketua Muslimah Pas berada disitu tetapi tiada langsung usaha-usaha untuk menghalang ahli-ahlinya dari menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah beliau pula yang turut sama bergembira.

Kami tidak berhasrat untuk menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimah-muslimah Pas yang selama ini memperjuangkan islam melebihi dari orang lain.-Sel13.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");