Berita Hari Ini

Kerajaan Diminta Terus Bantah Resolusi PBB Mengenai Gay

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa kerajaan agar meneruskan bantahan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya berkata resolusi yang diluluskan tahun lepas itu meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai-nilai sebenar kemanusiaan.

“Sebarang usaha untuk mengetengahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan seperti mana yang cuba dibawa menerusi resolusi itu harus ditentang sehabis-habisnya bagi mengelak kekeliruan serta gangguan terhadap masyarakat secara umum,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Pada 17 Jun 2011, PBB telah meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");