Jenayah

Sindiket Culik Guna Suara Kanak-Kanak Perangkap Mangsa – Polis

Polis pada Khamis mendedahkan taktik sindiket culik dan ugut di sekitar Serdang yang memperdengarkan suara kanak-kanak menangis untuk mengugut mangsa mereka.

Suara kanak-kanak itu akan diperdengarkan semasa menghubungi mangsa sebagai bukti anak mereka diculik namun sebenarnya penculikan itu tidak berlaku.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ASP Azani Saufi berkata lebih 10 kes seumpama itu dilapor di daerah ini sepanjang tahun lepas.

Empat kes yang dilapor tahun lepas membabitkan kerugian sehingga RM57,000 apabila mangsa mereka membayar wang tebusan yang diminta, katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");