Berita Hari Ini

PTPTN Tarik Balik Sekatan Pinjaman Ke Atas Pelajar Unisel – Pengerusi PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

“Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telahpun menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.

“Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan tersebut anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi Jumaat.

Justeru, katanya para pelajar Unisel kini boleh memohon pinjaman PTPTN dan setiap permohonan akan diproses seperti biasa.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");