Sukan Hari Ini

Perak dapat dua pemain tengah lebih bagus ganti Azidan

Ipoh: Satu pergi dua yang datang. Justeru, Perak tidak menangisi keputusan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin yang memilih menyertai Pahang dalam kancah bola sepak Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Khairul Azwan Harun, berkata Seladang akan mendapat khidmat dua pemain tengah yang lebih bagus sebagai pengganti

“Ada hikmah dengan apa yang berlaku kerana Perak akan mendapat khidmat pemain tengah lebih baik daripada Azidan.

“Justeru, PAFA tidak akan mengambil sebarang tindakan balas dengan perubahan sikap pemain Selangor itu.

“Saya terima keputusannya menyertai Pahang dengan hati terbuka serta mendoakan dia akan menempah kejayaan dengan pasukan barunya itu.

“Saya ingin tegaskan PAFA hanya mahukan pemain yang mempunyai hati dan perasaan untuk mewakili Perak secara ikhlas,” katanya semalam.

Azwan yang juga pengurus pasukan Seladang berkata, dua pemain itu akan menyertai Perak tidak lama lagi kerana masih mempunyai kontrak dengan pasukan lama mereka.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dua pemain terbabit kerana menghormati ikatan dengan pasukan lama mereka.

Perak enggan panjangkan isu

Sebelum ini perpindahan Azidan menjadi isu apabila tersepit antara perebutan dengan Perak dan Pahang apabila majikan lamanya, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melepaskan pemain itu kepada Pahang biarpun pemain itu menyatakan pendiriannya menyertai Perak.

Berikutan itu, isu dibawa ke meja rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi orang tengah dalam usaha mencari penyelesaian.

Namun, pengakuan pemain itu bahawa dia kini sah menjadi milik skuad Tok Gajah menamatkan kemelut berkenaan dan Perak bertindak secara profesional dengan tidak mahu memanjangkan isu itu.

 – BH ONLINE
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");