Laporan Eksklusif

Manifesto BN Dilancarkan, Tawar 150 Komitmen Baru Untuk Kesejahteraan Rakyat


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan manifesto yang bertajuk ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ dengan menawarkan 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

BN telah berjaya melaksanakan 112 daripada komitmen itu dan selebihnya akan menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai sasaran boleh capai dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri adalah sangat realistik kerana berlandaskan perkiraan ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto ini sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia kerana ia merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di seluruh Malaysia

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan pastinya dialu-alukan rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan dengan menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. BR1M dinaikkan secara berperingkat-peringkat kepada RM1,200 untuk satu keluarga dan RM600 untuk orang bujang.

Baucer Buku 1Malaysia dinaikkan kepada RM300 dan Bantuan Persekolah pula dinaikkan kepada RM150. Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas juga diperkenalkan manakala kementerian baru dalam menangani isu-isu dalam bandar akan diwujudkan selain menyediakan 1 juta rumah mampu milik, termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

Kerajaan juga berjanji mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam dan sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

Selain itu, Lebuhraya Pan Borneo juga akan dibina dan kerajaan BN juga menyasarkan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

Dalam sektor pendidikan pula, sekolah satu sesi diperluaskan, bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas selain melaksanakan transformasi sekolah vokasional.

Untuk sektor keselamatan pula, 4,000 anggota polis direkrut setiap tahun, penggunaan SafeCam dan pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");