Berita Hari Ini

Industri pencen swasta diminati

SERAMAI 30,500 individu di Malaysia telah membuka akaun Skim Persaraan Swasta (PRS) dengan nilai aset bersih RM100 juta, sejak skim itu dilancarkan, akhir tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh berkata, jumlah dicatat hanya dalam tempoh enam bulan itu menunjukkan perkembangan positif dalam industri yang baru diperkenal di Malaysia.

PRS adalah skim pelaburanjangka panjang sukarela yang dibentuk bagi bantu individumenambah simpanan persaraan dan beri manfaat kepada majikan sebagai sebahagian daripada strategi kekalkan bakat dan tenaga kerja.

Skim itu adalah pilihan tambahan kepada caruman wajib kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Ranjit, SC kini sedang melakukan usaha sama dengan pihak industri bagi mempercepatkan kesedaran mengenai PRS.

“Bagi galakkan penyertaan lebih tinggi, SC kini berbincang dengan pihak industri untuk menetapkan langkah bagi beri insentif kepada pemegang akaun,” katanya ketika berucap dalam Persidangan PRS, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, antara langkah perlu dikaji semula adalah cadangan pemberian insentif cukai lebih tinggi atau caruman kerajaan untuk pasaran sasaran tertentu selain mengembangkan perkhidmatan PRS kepada individu yang bekerja sendiri dan golongan muda.

Sementara itu, persidanganPRS pertama yang dibuat selepas skim itu dilancarkan tahun lalu mengumpulkan pakar mengenai pencen dari seluruh dunia bersama wakil industri untuk berbincang mengenai prospek pertumbuhan industri pencen swasta.

Sebahagian dari program kesedaran pelabur, pameran PRS akan diadakan untuk orang ramai di pejabat SC di Bukit Kiara 29 Jun ini, dari jam 9.30 pagi hingga 2 petang. Masuk adalah percuma.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");