Berita Hari Ini

Akademi MACA makin dapat sambutan

MACA

KOTA BAHRU: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), yang ditubuhkan pada 2006, semakin mendapat perhatian agensi antarabangsa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar berkata antara pencapaian MACA ialah menganjurkan seminar di peringkat Asean tahun lepas yang turut membabitkan peserta dari China dan India.

Selain itu, MACA turut memberi latihan selama 10 hari berkaitan pengurusan dan pendakwaan kes rasuah kepada pegawai dari European Union Police Mission di Afghanistan pada Februari lepas.

“Kami sedang berusaha melonjakkan imej dan kualiti akademi ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata MACA turut menarik perhatian Rangkaian Anti Rasuah dan Integriti Negara-Negara Arab (Acinet) apabila dijemput menghadiri Mesyuarat Kumpulan Pakar Mengenai Pengukuhan Kapasiti Penguatkuasaan Undang-Undang di Negara-Negara Arab Terhadap Jenayah Rasuah di Doha, Qatar, tahun lepas.

MACA berperanan meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM melalui pelbagai kursus selain menawarkan khidmat kepakaran kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta dalam membentuk pegawai berwibawa dan celik tentang bahaya gelaja rasuah.

Sementara itu, Pengarah MACA Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz berkata jabatan kerajaan dan sektor swasta boleh menghantar pegawai mereka untuk mengikuti latihan mengenai gejala rasuah di ibu pejabatr MACA di Kuala Lumpur atau MACA Wilayah Timur di sini.

“MACA sentiasa membuka pintu kepada mana-mana agensi sama ada jabatan kerajaan atau swasta untuk bekerjasama dengan kami dalam meningkatkan usaha membanteras rasuah di semua peringkat,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");