Berita Hari Ini

ISA, EO hapus punca jenayah meningkat

ALI RUSTAM

SHAH ALAM: Peningkatan kadar jenayah di negara ini berpunca daripada desakan beberapa pihak yang mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penghapusan undang-undang tersebut juga menyebabkan keselamatan rakyat dalam bahaya.

“Pemansuhan akta-akta itu menyebabkan ribuan tahanan ISA dan tahanan EO dilepaskan dari penjara,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai golongan penjenayah membabitkan senjata api bermaharajalela kerana kerajaan memenuhi tuntutan beberapa pihak supaya ISA dan EO dimansuhkan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian besar tembakan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dilakukan oleh individu yang dilepaskan dari tahanan EO.

Ahmad Zahid berkata, perangkaan kementeriannya menunjukkan 90 peratus daripada jenayah berat yang berlaku sekarang dilakukan oleh bekas banduan ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");