Sukan Hari Ini

Piala Malaysia: Kelantan turun kesebelasan utama

BOJAN HODAK

KETUA jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata pasukannya akan memberi 110 peratus komitmen ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur dalam kempen Piala Malaysia yang bermula esok.

Beliau berkata beliau akan menurunkan kesebelasan terbaiknya seperti ketua pasukan Mohd Badri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahyuddin.

“Kami sentiasa memberi yang lebih semasa bermain di tempat sendiri, tetapi bila bermain di tempat lawan, pihak lawan mempunyai penyokong yang ramai.

“Jadi kami perlu memberi persembahan 110 peratus untuk menang.

“Kesebelasan utama akan bermain dan saya akan memilih pemain terbaik,” katanya di sini hari ini.

Hodak berkata kesemua pemainnya sudah bersedia selepas beberapa orang daripada mereka pulih dari kecederaan.

“Semua pemain kebangsaan baru pulang. Mereka mungkin tidak berada pada prestasi terbaik kerana ramai daripadanya hanya duduk di bangku simpanan.

“Sesetengahnya pula seperti Nor Farhan, Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose sakit. Tetapi kami bernasib baik, mereka kini berada dalam prestasi baik, baru pulih dari sakit dan cedera dan boleh bermain,” katanya.

Beliau mengharapkan sokongan kuat penyokong Kelantan untuk mengalahkan Pahang nanti.

Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan berada dalam Kumpulan C.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");