Isu Panas

ROS boleh batal pendaftaran DAP

ros

Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh mengisytiharkan pendaftaran DAP tidak sah jika ia masih enggan melaksanakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, keputusan ROS adalah mengikut undang-undang selepas menerima aduan ahli DAP.

“ROS boleh mengarahkan DAP untuk membuat pemilihan CEC semula. Jika ia sebuah parti yang mengikut undang-undang, mereka perlu patuh kepada arahan ROS.

“ROS bukan sebuah parti politik dan mereka bertindak mengikut undang-undang. Jangan samakan ROS dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, DAP juga perlu akur dengan keputusan ROS bagi menyelesaikan beberapa masalah yang membabitkan ahli parti itu.

“ROS boleh isytiharkan DAP tidak sah jika mereka tidak mahu akur dengan keputusan yang dibuat,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, DAP Kedah menyokong penuh pendirian parti itu mencabar arahan yang dikeluarkan ROS berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan CEC.

Menurut laporan itu, Pengerusi Interimnya, Zairil Khir Johari Abdullah berkata, DAP Kedah tidak akan akur dan mengalah terhadap situasi yang sedang dialami parti itu.

Menurutnya, pemaksaan yang dibuat oleh ROS juga adalah bermotifkan politik semata-mata.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");