Jenayah

Anak kecil jadi umpan

mengemis

SLIM RIVER- Berumpankan anak kecil yang dipangku, warga asing menagih simpati penduduk sekitar kawasan Slim dan Tanjung Malim ketika mengemis bagi mendapatkan wang.

Bukan itu sahaja, kemewahan hidup dan sikap prihatin rakyat negara ini menyebabkan ramai warga asing menjadikan aktiviti mengemis sebagai kerja.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Slim, Muhamamd Fairul Badry berkata, ramai pengemis warga asing menggunakan anak kecil untukmenagih simpati.

“Warga asing ini menjadikan lokasi pasar malam dan pagi di Tanjung Malim tempat mengemis.

“Kami mengesyaki ada sindiket yang memberikan perlindungan kepada warga asing yang mengemis di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, berkemungkinan besar juga, terdapat sindiket pemerdagangan manusia yang mengawal pengemis terbabit, terutama orang kurang upaya.

“Dalam serbuan baru-baru ini, kita berjaya menahan warga asing dewasa dan kanak-kanak yang mendakwa datang dari Kuala Lumpur semata-mata hendak mengemis.

“Kebanyakan yang ditahan warga Myanmar dan kami mengesyaki ada sindiket memberikan perlindungan kepada warga asing yang mengemis di kawasan ini,” katanya.

Difahamkan, terdapat warga asing yang ditahan menyalahgunakan dokumen perjalanan mereka untuk mengemis dan mampu meraih hasil lumayan dalam tempoh singkat.

Beliau berkata, dari awal tahun sehingga September lalu, seramai 28 pengemis dan 20 daripadanya warga asing ditahan.

“Semua pengemis warga asing yang ditahan dihantar kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Kita akan sentiasa membuat pemantauan dan intipan untuk mengesan pengemis di daerah ini sebelum menahan mereka bagi tindakan lanjut,” katanya.

Muhammad Fairul berkata, rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurah menggalakkan lagi aktiviti mengemis, terutama dalam kalangan warga asing.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mengemis di sekitar kawasan ini boleh hubungi kami menerusi 05-4529644 untuk membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");