Laporan Eksklusif

Ibadah Melontar Jamrah Berjalan Lancar

jamrah

Hari ini sudah masuk tanggal 11 Zulhijjah 1434H.

Jutaan jemaah haji yang bermukim di Mina sudah melontar yang kedua.

Semalam, mereka memulakan ibadah wajib haji dengan melontar di Jamrah Kubra (Aqabah), yakni melontar tujuh biji batu.

Sebentar tadi, berlangsung pula melontar kedua iaitu di ketiga-tiga Jamrah. Tujuh biji batu di setiap Jamrah Sughra, Wusta dan Kubra dengan kesemuanya berjumlah 21 biji batu.

Setelah selesai, para jemaah berjalan kaki pulang ke perkhemahan mereka di Mina. Kini mereka sedang menanti untuk membuat lontar terakhir sebelum pulang ke Makkah untuk melakukan tawaf dan saei Haji.

Memang sangat mencabar buat para jemaah kerana mereka perlu berjalan kaki melalui terowong Moaisem sejauh 2 KM yang menghubungkan terus ke Kompleks Jamarat, iaitu tempat melontar.

Jika mengikut jarak perjalanan, mereka berjalan hampir 5 KM untuk menunaikan ibadah haji ini.

Kelihatan juga beberapa petugas ronda TH di terowong Moaisem yang bersiap-sedia untuk membantu mana-mana jemaah negara Malaysia.

Krew Perak Today turut sama menyertai rombongan jemaah yang berjalan kaki dari perkhemahan Mina awal Subuh tadi.

Setibanya di tempat melontar terakhir, kami bertemu dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya yang sedang melontar.

Beliau turut mengetuai bacaan doa setelah selesai melontar.

Kesemua 22,300 jemaah haji Malaysia akan keluar melontar berperingkat-peringkat mengikut jadual waktu setiap maktab bagi mengelakkan kesesakan di Kompleks Jamarat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");