Membawang Hari Ini

Pengalaman paling manis dalam hidup

samsul

PASTI setiap individu yang pernah menunaikan ibadah haji menyimpan baik setiap kenangan yang diperolehi mereka sepanjang berada di Tanah Suci dan begitu juga buat pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau.

Jelasnya, pengalaman menunaikan ibadah haji pada tahun lalu merupakan detik paling manis dalam hidupnya kerana kita sedang menjadi tetamu Tuhan yang Maha Esa dan pastinya, sesiapa juga akan berpendapat sedemikian.

?Sebenarnya terlalu banyak kenangan manis yang disimpan sewaktu menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun 2012 yang lalu, boleh dikatakan setiap detik adalah yang manis dalam hidup saya.

?Tetapi perkara yang paling saya ingat adalah sewaktu menunaikan wukuf di Arafah bersama jutaan masyarakat Islam lain dari seluruh pelosok dunia yang hadir bersama-sama untuk menunaikan haji.

?Pada saat itu, hati ini benar-benar terasa dekat dengan Allah yang Maha Esa dan air mata juga tidak berhenti-henti mengalir memohon keampunan daripadanya atas kesilapan lalu,” ujarnya mengimbau pengalaman menunaikan haji tahun lalu.

Shamsul atau nama penuhnya Shamsul Azahar Aliddin, turut menyuarakan dia tidak seakan-akan kekok untuk menyambut perayaan aidiladha tahun ini kerana hati dan ingatannya masih terkenang pengalaman tahun lalu.

?Saya rasa kekok dan tidak tahu bagaimana mahu menyambut kedatangan aidiladha tahun ini kerana ingatan dan suasana aidiladha tahun lalu masih menebal di dalam hati.

?Setiap hari terasa rindu seakan-akan mahu kembali ke Tanah Suci untuk melakukan ibadah yang sama sekali lagi,” jelasnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata ketiga pada 9 September lalu dan diberi nama Megat Ammar Azahar.

Perubahan perlahan-lahan

Pastinya, selepas kita kembali daripada menunaikan ibadah haji, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri sekaligus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup.

Menurut Syamsul yang kini berusia 44 tahun, sejurus pulang daripada mengerjakan haji, dia memasang impian untuk perlahan-lahan berubah agar menjadi seseorang individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

?Pastinya setiap manusia mahu berubah ke arah kebaikan, tetapi bukanlah bermakna saya mahu berhenti daripada dunia lakonan kerana tidak ada salahnya untuk terus kekal dalam bidang ini.

?Cuma mungkin saya akan memilih untuk menjayakan program yang bersesuai dengan keadaan semasa agar perubahan yang saya lakukan ini lebih bermakna buat diri dan keluarga tercinta,” jelasnya berhubung karier seni.

Sungguhpun mengakui semakin kurang mendapat tawaran muncul di kaca televisyen semenjak tahun lalu, perkara tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus kekal dalam bidang yang sudah lama diceburi sebelum ini.

Pada penghujung bulan Oktober ini, Shamsul bakal terlibat dengan program berbentuk keagamaan di televisyen Al-Hijrah berjudul Hijrah Munawwarah sebanyak 13 episod.

Jelas Shamsul lagi, selepas menunaikan ibadah haji, keinginannya untuk mendalami ilmu agama semakin menebal dan apabila mempunyai kelapangan daripada jadual karier seni, dia akan mendalami ilmu agama dengan guru bertauliah.

?Proses pembelajaran ilmu agama ini tidak boleh berhenti begitu sahaja kerana ia perlu didalami secara berterusan.

?Buat waktu ini, apabila saya tidak terlibat dengan sebarang program, saya akan menghabiskan masa dengan aktiviti di masjid berdekatan rumah saya selain berguru dengan mereka yang bertauliah,” jelasnya yang bakal melakukan korban untuk anak ketiganya tahun ini.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");