Jenayah

Kes bunuh ustaz: 13 lagi ditahan

kes bunuh

SHAH ALAM – 13 lagi pengikut Ajaran Harun ditahan petang semalam yang disifatkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai kejayaan merungkai kes bunuh Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek 10 November lalu.

Dalam twitternya malam tadi, Khalid mengucapkan syabas kepada Team Cantas Bukit Aman kerana berjaya merungkai kes bunuh pegawai penguatkuasa jabatan agama itu selain memaklumkan kejayaan polis menahan kesemua individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu.

Sebelum ini, ketua ajaran itu, Harun Mat Saad, 47, seorang daripada isterinya dan pemandu mereka ditahan di Tangkak, Johor.

“Tangkap 13 orang dan pistol dirampas. Angkara kumpulan Ajaran Harun@PDRMsia,” demikian tulis Khalid dalam akaun twitternya.

Dalam tweet susulan, Khalid sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasukan berkenaan dengan kenyataan, “kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang), PDRM. Tahniah sekali lagi.”

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa antara 13 yang ditahan, dua adalah wanita daripada kumpulan ajaran sesat Harun.

Difahamkan, senjata api yang dijumpai bersama kumpulan itu adalah bukti utama kes pembunuhan Ahmad Raffli.

Pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan, Pahang jam 1.55 petang menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Difahamkan, semua suspek yang berusia antara 24 hingga 49 tahun di tahan di empat lokasi berlainan sekitar ibu negara yang menjadi tempat persembunyian mereka.
Turut ditemui ribuan risalah dipercayai berkait rapat dengan Ajaran Harun.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");