Berita Hari Ini

Cadang bina kompleks niaga

mpkk

KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bercadang membina sebuah kompleks perniagaan dan pembinaannya berkemungkinan mengambil masa kerana perlu meneliti beberapa aspek, terutama berkaitan kos.

Bagaimanapun, menurut Yang Dipertua MPKK, Abdul Halim Hamed sebanyak RM1.1 juta telah dimanfaatkan pada 2013 bagi membangunkan kawasan sekitar Arena Kuala Kangsar untuk perancangan jangka pendek.

“Antaranya, membabitkan pembinaan surau baru, penyediaan tapak parkir yang lebih luas dan kios moden di kawasan Arena Kuala Kangsar.

“Selepas ini, sebagai pelan jangka panjang, kita bercadang membina kompleks perniagaan pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kios MPKK kepada 15 penjaja tepi Sungai Perak yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad, di sini, kelmarin.

Penyerahan kios itu antara langkah diambil MPKK dalam usaha menyeragamkan semua kios di kawasan berkenaan sekali gus mengindahkan Bandar Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Halim mengingatkan peniaga supaya menjaga kebersihan makanan disediakan dan premis bagi memberi keselesaan kepada pelanggan, terutama pelancong.

“Dari semasa ke semasa MPKK akan membuat pemeriksaan di kawasan ini bagi pastikan premis di sini mengikut standard ditetapkan.

“Jika ada kedai yang kotor, kita terpaksa mengarahkan mereka menutup kedai selama dua minggu untuk proses pembersihan,” ujarnya.

Menurutnya, MPKK tidak pernah menekan peniaga sebaliknya mengambil tindakan berlandaskan undang-undang ditetapkan.

“Dakwaan mengatakan MPKK menekan peniaga tidak benar kerana kami bukan sesuka hati mengambil tindakan malah cukup bertimbang rasa,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");