Jenayah

‘Kenapa libas emak kamu?’

libas mak

SEREMBAN – “Kenapa kamu libas emak kamu dengan parang?  Dia yang melahirkan kamu dan saya mahu selepas ini kamu meminta maaf kepada dia” kata Majistret Muhammad Izuan Mohamed Noh sebelum menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap Amirullah Sendreng, 23, atas kesalahan mencederakan ibunya dalam kejadian Jun lalu.

Terdahulu, Amirullah yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan membuat pengakuan bersalah mendatangkan cedera parah terhadap Roslina Hassan, 54, dengan cara menumbuk lengan kirinya sehingga menyebabkan keretakan.

Kejadian dilakukan kira-kira 7.40 pagi pada 9 Jun 2013 di Taman Desa Rhu, Sikamat dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,  jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu dia tidak sengaja mencederakan ibunya dan memohon dikenakan hukuman berbentuk penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Sebagai pengajaran, Muhammad Izuan kemudian menetapkan hukuman 18 bulan penjara terhadap tertuduh.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");