Jenayah

Mayat Rakyat Malaysia Terbunuh Di Kabul Tiba Di KLIA

a

SEPANG: Mayat rakyat Malaysia yang terbunuh dalam serangan berani mati di Kabul, Afghanistan, pada 17 Januari lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat Dr N Gnanathurai, 66, diterbangkan dari Kabul menerusi penerbangan Emirates.

Kereta yang membawa ahli keluarga mendiang dilihat memasuki Kompleks Kargo KLIA, pada 10.30 malam, diringi kereta dinaiki pegawai Wisma Putra sebelum keluar setengah jam kemudian.

Difahamkan, mayat mendiang terus dibawa ke Bukit Tunku untuk disemadikan.
Prosedur penghantaran pulang mayat mendiang Gnanathurai dilakukan dengan kerjasama pihak majikannya Adam Smith International (ASI).
Turut bekerjasama adalah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Malaysia di Dubai.

Dalam kejadian 17 Januari lalu, Gnanathurai maut selepas terbabit dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang di restoran Taverna du Liban di Kabul.

Mangsa yang juga Penasihat Dasar Bajet dan Reformasi ASI antara 21 mangsa yang terbunuh dalam serangan berani mati di restoran berkenaan.

-myMetro-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014012503561320140125035613/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");