Perak Hari Ini

Operator Proton City Tanjung Malim Maut Kemalangan Langgar Lari

kasut

Seorang operator Proton City Tanjung Malim maut dalam satu kemalangan ngeri di KM274.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat susur Simpang Pulai dipercayai langgar lari sebelum digilis kenderaan yang melanggarnya, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, DSP Wan Sharuddin Wan Omar, berkata dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, sebahagian besar cebisan daging mangsa turut ditemui di KM317.2 dekat Tapah selepas diseret kenderaan yang melanggarnya.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan pulang ke tempat kerja dari Kampung Baru Majidi, dekat Serdang, Kedah.

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX 5 meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dilanggar lari dan digilis kenderaan yang melanggarnya,” kata Wan Sharuddin lagi.

Sebaik tiba di tempat kejadian, beliau berkata, polis menemui kesan cebisan daging dan tulang serta motosikal yang rosak teruk di bahagian hadapan.

“Turut dijumpai kasut hitam sebelah kanan milik mangsa,” katanya lagi.

Beliau berkata, kira-kira jam 3 pagi, pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan penemuan cebisan daging dipercayai badan manusia di KM317.2, dekat Tapah.

Sebahagian besar cebisan daging manusia ditemui bersama kasut sebelah kiri, cincin, jam tangan serta beg sandang yang mengandungi maklumat peribadi mangsa, katanya.

Menurut Wan Sharuddin, pihaknya sedang mengesan sebarang kenderaan berat di sepanjang lebuhraya bagi membantu siasatan.

Kes tersebut katanya, disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");